• Putrajaya, Malaysia
  • May 4, 2024

Walaupun Vitamin E tidahlah famous macam Vitamin C sejak dunia dilanda Covid-19, namun khasiat Vitamin E sebenarnya tiada tolak bandingnya. Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Kecantikan dan Vitamin Kesuburan. Jom KIM share serba sedikit kebaikan Vitamin E yang mngkin selama ini kita terlepas pandang. Mana tahu kan, lepas tahu manfaat Vitamin E kepada kesihatan kita, dah tak boleh tinggal dah Vitamin E nanti.

 

Kebaikan Vitamin E 

Vitamin E merupakan salah satu jenis vitamin antioksida yang bertindak melindungi badan kita daripada tekanan oksidatif. Vitamin E ni juga membantu meningkatkan kesejahteraan menyeluruh badan kita tidak kira untuk kaum lelaki atau wanita. Di antara Manfaat Vitamin E ialah:

 

Vitamin E memelihara dan menyokong fungsi otot dan kecergasan badan.

Manfaat Vitamin E #1: Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot

Ketika kita menjalani latihan atau senaman, otot kita akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:

  • Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mengurangkan kekejangan otot.

 

Manfaat Vitamin E #2: Menggalakkan Fungsi Jantung Sihat

Untuk prestasi yang lebih baik, selain memiliki tubuh badan yang sihat dan tenaga yang mencukupi, kita juga memerlukan jantung yang sihat untuk mengepam darah dan membekalkan nutrien kepada sel badan kita. Dengan ciri antioksida, Vitamin E turut membantu untuk:

  • Menghalang proses oksidasi (kolestrol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah kita. 
  • Menigkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembekuan, pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah (arteri) kita.

 

Manfaat Vitamin E #3: Meningkatkan Kualiti Sperma

Dengan pengambilan Vitamin E secara konsisten, ia dapat membantu memantapkan kesihatan serta  ciri kelelakian seseorang. Ini kerana Vitamin E menggalakkan:

  • Struktur atau bentuk sperma yang sihat dan sempurna sekaligus meningkatkan jumlah sperma yang sihat
  • Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
  • Pengurusan andropaus yang lebih baik.
  • Melindungi sperma daripada serangan radikal bebas
  • Mengekalkan tahap Testosterone yang sihat  

 

Manfaat Vitamin E #4: Meningkatkan Kesuburan Wanita

Vitamin E merupakan vitamin penting untuk ovari yang membantu untuk:

  • Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.
  • Meningkatkan mukus serviks bagi menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.
  • Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.

 

Manfaat Vitamin E #5: Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Vitamin E merupakan bahan yang sentiasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik yang bertndak membantu:

  • Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV
  • Membekalkan zat dan melindungi kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

 

Vitamin E digunakan secara meluas dalam rangkaian produk kosmetik kerana ciri antioksidannya yang berkesan . Cubalah YOUTH Radiance C+E dengan dos berpaten yang mengandungi 20% Vitamin C tulen dan Vitamin E yang berkuasa. Ianya ditambah ekstrak sel raspberi untuk menganjalkan, mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus serta kedutan. Dalam kecantikan, Vitamin E adalah Vitamin Awet Muda!

 

Pilih makanan yang tinggi Vitamin E untuk keperluan nutrisi harian

 

Sumber Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang tidak dihasilkan oleh badan kita. Jadi kita boleh mendapatkan Vitamin E ni daripada makanan dan juga suplemen. Di antara makanan yang kaya dengan Vitamin E adalah biji bunga matahari, asparagus, kekacang seperti badam, kacang tanah, pecan, pistachio, bayam, sawi swiss, ubi bit, kale, cili, udang tomato, avocado, kiwi, lobak merah, lobak putih, kacang buncis, daun bawang, brokoli, minyak dan buah zaitun, tauhu, labu, ikan salmon dan banyak lagi.

 

Manfaat dan kebaikan Vitamin E untuk kesihatan menyeluruh

 

Selain daripada itu, Vitamin E boleh diambil daripada supplement. Pastikan ambil suplemen semulajadi yang tidak mengandungi bahan tambahan sintetik supaya kita mendapat khasiat paling optimum Vitamin E tersebut. Boleh try Vitamin E Shaklee yang memenuhi semua ciri-ciri supplement pilihan terbaik. Kalau nak cuba Vitamin E ni, jangan lupa roger KIM ya. 

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Manfaat Hebat Vitamin E Yang Ramai Tak Sangka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge