“Bacaan gula dalam darah puan, ok ,normal”, bagitau nurse yang bertugas di bahagian Ibu dan Anak setelah melihat keputusan ujian air gula KIM.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Tiada apa yang dapat digambarkan betapa syukur, lega dan happy sangat bila paras bacaan gula adalah normal.
Rasanya senyuman KIM kelmarin dah lebih daripada paras telinga dah….kikiki
Kan KIM pernah share tentang BSP yang perlu dilakukan sebelum ni bagi ibu hamil yang GDM, kan? Eeeiii, tak mahulah rasa hassle mengadap BSP tu.
Walaupun KIM bebas GDM semasa mengandung anak sebelum ni (anak ketiga), tapi disebabkan masa hamil anak kedua ada GDM, terus kene buat awal.
Sepatutnya buat dalam minggu ke-16 tapi doktor awalkan test ke minggu ke-14…huhuhu…sabar jerlah.
Mungkin juga faktor usia dah masuk 3 siries ni. Tambahan pula, arwah ayah ada kencing manis. Walaupun kencing manis arwah ayah KIM taklah serius mana, tapi since dah ada family history ni, mendapatlah jawabnya…hehe
Ada yang ajar suruh bohong, bagitau family takde sejarah kencing manis ni. Tapi KIM tak mahulah ajar diri bohong-bohong ni. Kang tak pasal-pasal pula dapat dosa free. Lagipun ni semua untuk kebaikan kita dan baby kan?
Apa Yang Bantu KIM Kawal Bacaan Gula Semasa Mengandung?
1) Kurangkan Makanan Manis
“The main point is” jaga pemakanan. Time makan perlulah sentiasa beringat. Nak-nak time kita mengadap makanan manis. Gula putih lagilah.
2) Awasi Waktu Makan
Seboleh-bolehnya jangan ambil makanan berat khasnya karbohidrat selepas pukul 8 malam. Tapi sekali sekala tu ada juga terlepas. Mak buyung kan, bolehlah dimaafkan…hahahaha…padahal alasan je.
Semakin lewat malam, metabolisme badan kita akan menurun.
Bila metabolisme slow, proses pembakaran kalori pun jadi perlahan.
Gula daripada makanan juga, khasnya karbohidrat ringkas akan segera meresap ke dalam darah.
Jadi, kandungan gula dalam badan boleh naik mendadak. Tu yang tiba-tiba bacaan gula boleh meninggi.
Silap-silap haribulan, akibat terlebih gula, dah jadi lemak pulak.
3) Protein Soya
KIM amalkan protein soya semulajadi, ESP. ESP ni rendah indeks glisemik. Maknanya ia akan bantu badan lepaskan gula secara perlahan-lahan dalam darah.
Tu bantu kita rasa kenyang dan bertenaga lebih lama. Jadi takdelah kejap-kejap asyik nak mengunyah jer.
Lagipun protein ni sangat bagus untuk perkembangan janin yang kuat dan sihat.
4) B Complex
Biasanya KIM ambil B Complex ni bersekali dengan multivitamin VitaLea dan Vitamin C.
Vitamin B ni akan bantu tubuh kita tukarkan gula kepada tenaga.
Hahaha….memang KIM makan lebih daripada biasa sebelum buat test air gula tu.
Semua vitamin ni ada di dalam Set Lengkap Mengandung Premium.
Tapi kawal makan ni perlu sepanjang mengandung, malah sepanjang masa sebaik-baiknya. Kan kita nak sihat sokmo?
Kalau esok nak buat test air gula, malam ni baru terkocoh-kocoh nak jaga diet, silalah mereput ye, memang tak jadi pun.
So, silalah jaga makan, amalkan gaya hidup sihat dan aktif serta ambil suplemen sebagai menyokong nutrisi yang kurang, okay?
Oh ya, air kosong pun biar cukup ye setiaphari.
Semoga bebas GDM sepanjang tempoh kehamilan para ibu semua??
Rakan Hamil Ibu
Naimah Wahab
019 937 7380
ID: 1001144