• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

KIM baru selesai join Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Best sangat projek ni. Projek ni diasaskan oleh Master Norita atau lebih mesra dipanggil Kak N. Kami punya upline dalam group besar Shaklee ni. Moderator teknikal a.k.a SEO pula adalah Master Salwa.

Bagaimana Boleh Terlibat Dengan Projek Blog Mega Shaklee 1.0?

Kisahnya, semenjak dua-menjak kebelakangan ni, KIM terasa rindu sangat nak menulis blog tapi tak tahu nak mula dari mana. Sekali, Master Norita offer nak buat Projek Blog Mega Shaklee 1.0. KIM apa lagi, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, terus lah join.

Perasaan teruja tu bila dapat join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 sangat membuak-buak tau. Apatalah lagi memang niat nak bersihkan sawang kat blog KIM. Excited menunggu pengumuman tugasan yang perlu dibuat.

Task pertama dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni, kami perlu buat entri tentang Intermittent Fasting. Task kedua pula entri mengenai Set Kurus Shaklee. Dua-dua ni topik best dan KIM suka. Nanti jemput baca tau dua-dua entri ni.

Keterujaan Dengan Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Peserta yang join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni lebih daripada 170 orang. Penganjur sendiri pun tak jangka sambutan sehangat ini. Dasyat kan penangan projek ni. Peserta ni ada yang dah sedia mempunyai blog ada yang terdiri daripada beginner dalam penulisan blog.

Part paling best adalah, semua orang yang sertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni layak dapat hadiah. Hadiah utama 25 orang dapat Vivix, 50 orang dapat Collagen, 100 orang dapat Nutriferon dan selebihnya dapat saguhati.

Alhamdulillah, KIM sendiri pun menang hadiah Nutriferon. Berbaloi betul bersengkang mata di malam hari.

Vivix adalah produk paling premium di Shaklee. Bertindak sehingga ke peringkat sel. Jadi pemulihan berlaku dari dasarnya.
Collagen terkenal sebagai suplemen awet muda. Namun, banyak lagi kebaikan collagen dari segi kesihatan
Nutriferon sebagai penggalak sistem imun badan kita.

Pemurahnya Master Norita sudi taja semua peserta yang join. Untuk Projek Blog Mega Shaklee 1.0, asalkan join dapat hadiah. Yang tak dapat siapkan task, masih dapat saguhati.

Semoga Master Norita dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan dipermudahkan segala urusan beliau. Hadiah yang disediakan ni bukan kaleng-kaleng tau, antara paling ekslusif di Shaklee ni.

Task dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni dilaksakan secara berkumpulan. Kalau salah seorang peserta dalam group tu tak siapkan task, dia akan beri kesan kepada ahli kumpulan yang lain.

Jadi, selain update entri, sebenarnya ia memupuk rasa bertanggungjawab, semangat kerjasama, sabar dan tolak-ansur dalam diri kita.

 

Projek Blog Mega Shaklee 2.0

Selesai Blog Mega Shaklee 1.0 ni, akan diadakan pula Blog Mega Shaklee 2.0. Wahhh tak sabar dan rasa terujanya nak join. Nak join projek ni kena melalui tapisan yang dibuat oleh pihak penganjur.

Harap KIM terpilih sebab KIM yakin, projek ni memang membawa misi dan visi yang besar. Semoga berjaya dari segi bisnes dan pembangunan sahsiah diri. Doakan KIM ya.

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM)

https://bit.ly/TanyaKIM

#projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #KIMLegacy

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge