• Putrajaya, Malaysia
  • December 1, 2024

Pernah dengar tentang intermittent fasting? Biasanya intermittent fasting ni agak popular di kalangan golongan yang ingin turunkan berat badan atau nak kekalkan berat badan ideal. Dengan kata lain, intermittent fasting ni dijadikan sebagai salah satu cara untuk kurus dan kekal kurus.

Apa Itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting menurut Doktor Kushairi Zuraidi, MBBCh sebenarnya merupakan salah satu gaya hidup sihat. Namun, ada sesetengah orang berpendapat yang intermittent fasting ni merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan di antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa.

Diet lain selalunya lebih fokus kepada apa yang kita makan tapi kedah diet intermittent fasting ni lebih tertumpu kepada bila kita makan. Kalau nak tahu, intermittent fasting ni lebih dikenali dengan nama ringkasannya IF. Biasa kan dengar orang sebut IF ni?

Melalui kaedah intermittent fasting ni, kita boleh mengambil makanan dan minuman untuk jangka waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, kita akan berpuasa. Apabila kita berpuasa, secara tidak langsung kita akan mengurangkan kekerapan mengambil makanan.

Apabila badan kurang menerima makanan, maka keadaan ini akan membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat dan banyak. Bila lemak terbakar lebih banyak, maka potensi untuk turunkan berat badan serta kurus menjadi semakin tinggi.

Cara Melakukan Intermittent Fasting

Konsep asas dalam melakukan intermittent fasting terbahagi kepada dua perkara iaitu:

  1. Tempoh berpuasa dilakukan sekurang-kurangnya selama 12 jam.
  2. Tidak mengambil sebarang makanan atau minuman yang akan meningkatkan kadar gula dalam darah semasa tempoh berpuasa.

Sebab Berpuasa Melebihi 12 Jam

Badan kita akan mengambil masa selama 12 jam untuk menghabiskan simpanan tenaga di dalam hati dan selepas tempoh ini badan akan memulakan proses ketosis. Ini bermakna, badan kita akan berubah daripada menggunakan gula sebagai tenaga kepada penggunaan keton (lemak) untuk melaksanakan fungsi-fungsi badan.

Sebab Mengapa Perlu Elakkan Makanan Atau Minuman Yang Naikkan Gula?

Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kadar kenaikan hormon insulin yang mendadak dalam badan. Hormon insulin merupakan hormon yang berfungsi menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menghalang proses ketosis. Jadi, macam kurang berkesanlah kita buat intermittent fasting ni.

Apakah Itu Ketosis

Ketosis adalah proses metabolisma badan yang menggunakan lemak sebagai tenaga. Apabila kita berpuasa dan pada masa yang sama mengelakkan makanan serta minuman bergula, kadar insulin akan kekal rendah. Seterusnya badan akan menyimpan gula untuk kegunaan sel-sel tertentu sahaja.

Pada masa yang sama juga, majoriti sel dalam badan akan menghasilkan tenaga menggunakan keton yang dihasilkan daripada simpanan lemak dalam badan sebagai sumber alternatif. Proses inilah dikenali sebagai ketosis.

Nantikan sharing KIM yang lebih banyak lagi tentang intermittent fasting ni di dalam entri berikutnya tau. Sementara tu, jemput baca juga perkongsian tentang intermittent fasting dalam blog partner KIM, Jasica Rabica ni.

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM)

https://bit.ly/TanyaKIM

#projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya#pengedarshakleeseluruhmalaysia

#shakleereadystock

#KIMLegacy


Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Cara buat intemittent fasting

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Kenali Intermittent Fasting Pilihan Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge