• Putrajaya, Malaysia
  • December 11, 2024

Siapa kat sini suka makan char kuey teaw tapi tak sempat nak sediakan bahan-bahan renyah macam petis, sos kicap dan yang berkaitan.

Meh kita try char kuey teaw ni. 

 

 

Bahan-bahan Char Kuey Teaw Simple Mama KIM

  • 10-15 ekor udang sederhana besar-dibersihkan kotoran pada kepala dan bahagian belakang
  • 1 paket char kuey teaw dibasuh dan dilerai-leraikan – ketepikan
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 biji bawang merah besar/5 biji bawang merah – dikisar/ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – dikisar/ditumbuk
  • 1 sudu kecil cili boleh
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih/sulah
  • 1 cawan taugeh
  • 2-3 pohon daun kucai
  • 2 biji telur ayam
  • Secubit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Limau nipis/kasturi/cili potong jika suka.

 

 

Cara Menyediakan Char Kuey Tea Simple Mama KIM

1) Panaskan minyak masak.

2) Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, masukkan air sedikit untuk elakkan hangus.

3) Masukkan udang, masak sekejap, bertukar oren jer, angkat dan ketepikan.

4) Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada putih/sulah dan gula melaka.

5) Masukkam kuey teaw.

6) Masukkan taugeh, daun kucai, garam. Kacau rata dan rasa dulu ikut selera.

7) Masukkan udang.

8) Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam kuey teaw. Kacau cepat-cepat.

9) Siap! Sedap dimakan dengan perahan asam limau atau cili jeruk.  Selamat menjamu selera.
Nanti trylah resipi char kuew teaw simple ni.
Nota:

Boleh juga sediakan stok udang dengan cara merebus kepala dan kulit udang yang telah disediakan bersama 1-2 ulas bawang putih yang diketuk.

Masukkan ke dalam masakan menggantikan air kosong yang ditambah ke dalam masakan char kuew teaw udang ni.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge