• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Hari Isnin lepas saya baru balik dari kampung. Bila dah balik dari kampung ni, tahu-tahu jelah. Bekal yang dibawa tu macam nak pergi piknik 2-3 family…hehehe

Kebetulan ada orang beri mak saya buah mangga besar 2 biji. Besar sangat, macam mangga gergasi pun ye (lupa nak snap gambar). Mak berikan sebiji untuk saya.

Buah tu asalnya belum masak lagi, tapi bila dah sampai Putrajaya, rasa macam dah masak. Saya jangkakan, maybe suhu kereta yang agak panas sepanjang perjalanan tu dah buatkan mangga tu masak.

Apa lagi, eden kopek lah kulit dia. Potong kecil-kecil macam biasa lah. Sekali bila makan, tak manis a.k.a masam walaupun bau dia agak wangi. Kalau manis, mesti lagi mengancam kan.

Mungkin juga sebab mangga tu dipetik semasa belum betul-betul matang. Tu yang rasa masam walaupun isinya dah lembut.

 

 

resipi jeruk mempelam simple
So apa lagi, terus capai tabung kuih yang kosong. Taruk gula dalam 3 sudu besar, kicap dalam 2 sudu besar dan cili boh 1 sudu kecil.

Gula tu saya guna gula perang. Nak lagi bagus boleh guna gula melaka, gula kabung, gula organik dan sewaktu dengannya lah.

Tutup penutup tabung tu, goncang-goncang hingga sebati.

Biarkan mesra dalam peti sejuk satu malam.

 

 

resipi jeruk mempelam simple

 
Esok bila makan, perghhh, memang sedap sangat.

Kuah atau air cuka jeruk mangga ni siap boleh buat cicah keropok lagi.

 

 

resipi jeruk mempelam simple

 
Inilah dia nikmat kehidupan….hehe

Oppss, ada lagi 4 biji mangga epal muda yang mak bekalkan.

 

 

resipi jeruk mempelam simple

 
Rasanya kalau dicincang-cincang dan masukkan ke dalam kuah jeruk mangga tu, mesti terangkat kan?

Telan air liur dibuatnya ???

Sila jangan kecam akak dengan gambar-gambar jeruk mempelam ni yer…hihihi

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge