• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Resipi nasi goreng bilis hujung minggu, ni bukan tak boleh buat hari biasa tapi memandangkan saya goreng pagi tadi, kene pulak time balik kampung ni, tu dapat nama dia tu, feel bercuti gitu…hehehe

Apa-apa jelah kak non, yang penting simple dan sedap. Sedap tu…kiki
 

menu sarapan pagi
Jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya 🙂

Bahan-bahan Nasi Goreng Ikan Bilis

  • Semangkuk nasi putih
  • 1/2 cawan bilis
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili padi hijau
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Lobak merah
  • Kobis
  • Garam

 

Cara Menyediakan Nasi Goreng Ikan Bilis

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi hijau (merah pun takpe).
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga garing.
  3. Masukkan bilis yang ditumbuk separuh hancur.
  4. Masukkan lobak merah dan kobis yang dipotong halus memanjang. Nak letak sayur lain pun takpe. Kalau tak letak sayur tapi makan bersama ulam-ulaman pun sodap!
  5. Masukkan nasi putih
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Biar garing sikit
  8. Sedia untuk dihidangkan

Sempena cuti sekolah ni, kalau nak cepat sediakan sarapan, bolehlah try resipi nasi goreng ikan bilis ni. Berkhasiat pun ye. Kalau anak tak suka pedas, guna jer cili merah sahaja. Kalau orang suka pedas, gantikan dengan cili padi, mesti terangkat!

Note: Nak senang, sediakan semua bahan sebelum tidur. Kalau nak lagi senang, blend jer semua bahan tumis siap.

 

Cooking is simple what? :p

 

Cuba tau 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

15 thoughts on “Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis Hujung Minggu

Leave a Reply to Afiqah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge