• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Ceria selalunya terlihat pada wajah apabila hati kita berasa senang, riang dan lapang. Kalau hati kita tak gembira, memang tak boleh saje-saje nak berlakon menjadi ceria. Nak jadi ceria ni tak tunggu kita perlu menjadi seorang yang kecoh satu alam, jenis steady pun boleh nampak jer keceriaan tu pada wajah, kan?

Jom saya kongsikan petua menjadi ceria daripada pakar motivasi tersohor tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah :-

 

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Sebaik-baiknya solat fardu dilaksanakan di awal waktu.

2) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur.

3) Selalu melakukan solat sunat taubat.

4) Selalu mengamalkan bacaan al-Quran. Seeloknya baca sekali tafsir kepada ayat al-Quran yang dibaca.

5) Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari. Sebelum tidur, minta maaf dengan pasangan (bagi yang dah berkahwin) dan maafkan semua orang,

6) Bisikan kepada diri sendiri dengan kata-kata positif.

7) Programkan minda dan cuci minda setiap hari.

8) Cuba melakukan puasa sunat.

9) Sering ingat yang kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

10) Jaga pancaindera dari segi bercakap, mendengar atau melihat perkara yang tidak bermanfaat.

 

 

motivasi

 

10 tips ni kalau kita dapat amalkan setiap hari, mesti hari-hari dalam hidup kita akan sentiasa ceria.Tiada lagi masalah dengki, busuk hati, dendam atau mengumpat sesama sendiri. Sentiasalah kita ceria sokmo, tapi jangan senyum sorang-sorang depan oraang tau, nanti ada jugak orang ingat kita tak berapa nak betul 😛

 

Nota: Jemput baca juga entri Ibu Bapa Sebagai Motivator Daripada Dato’ Dr. Haji Mod Fadzilah Kamsah Bahagian 1, Bahagian 2 & Bahagian 3.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

10 thoughts on “Petua Ceria Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge