Resipi nuget ayam ala-ala cinta hatiku ni terhasil secara tak sengaja sebenarnya, hehehehe. Ekoran buat jus lobak merah susu (carrot susu), maka terhasillah nuget ayam ni.
Camana tu?
Kisahnya, sebelum ni saya ada buat jus carrot susu. Lepas tu ada hampas carrot tu kan? Hampas tulah yang saya guna. Sayang nak buang weh, kan tak baik membazir. Hak penting sekali tu sebab hampas tu kan tinggi serat. Manfaatkanlah untuk kesihatan, ya tak? 😀
Carrot tu saya blend asing. Campur susu kemudian.
Wokeh, jom tengok resipi dan cara nak sediakan nuget ayam ni.
Bahan-bahan Nuget Ayam Sihat Lagi Berkhasiat
- 1/2 mangkuk dada ayam
- 1/2 mangkuk hampas carrot @ 1/4 mangkuk kalau yang cincang
- 2 pokok daun bawang
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu kecil rempah sup – kalau suka pedas boleh letak 1 sudu kecil rempah kari dan lada serbuk.
- 1/2 kecil garam
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1-2 sudu besar air
Cara Menyediakan Nuget Ayam Sihat Yang Mudah
- Blend dada ayam – saya tumbuk je sebab buat untuk sekali makan – ketepikan ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan carrot kisar/cincang, daun bawang yang dipotong halus – gaulkan.
- Masukkan garam, serbuk lada putih dan rempah – gaul sebati
- Masukkan tepung gandum dan air, gaul sebati lagi.
- Bentukkan leper seperti nuget atau yang disukai.
- Goreng hingga keperangan.
- Siap! Sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba ye. Mudah je ni, resepi nuget ayam ni main campak-campak jer. macam biasalah KIM (K Imah) kan suka yang mudah, ringkas tetapi sihat 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
ciktom pernah buat versi diet atkins..yang campur dengan bunga kobis..
nampak yang sis buat ni lagi sedap dan menyelerakan!
nak cuba la jgk nanti..mintak halal resepinya ye..hehe
cik tom recently posted…3 tip supaya rambut kekal wangi dan selesa walaupun berhijab
Sila-sila. Sangat dialu-alukan mencuba resepi kat blog ni.
mana la orang tak suka nugget ayam.
lagi-lagi kalau home made.
leh wat pedas lebih dari biasa. hehe
titan recently posted…Boleh KAYA ke dengan Affiliate?
Kan, wat sendiri boleh letak macam macam dalam tu ?
Belum pernah buat nugget sendiri. Sosej je pernah. Homemade xada bahan perisa berlebihan dan tak patut.hihi. Lebih sihat untuk anak-anak dan family.
hawa recently posted…11 Tips Pulihkan Luka Bersalin Secara Pembedahan Dengan Cepat
Kannn, yang penting kesihatan keluarga paling utama
wah kalau dapat ke anak-anak memang licin nie,.boleh cuba nanti..dah tak payah beli kat luar dah..buat sendiri boleh sukat bahan perasa
Betul tu, nak best, boleh campur macam2 lagi