• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Ada hari tu, memang teringin nak makan steamboat, tapi nak pergi beli kat kedai atau nak keluar rumah tu macam, alahai bercintanya. Kurang rajin pun hado…hehehe

Kalau bahan-bahan dah ada, mudah sikit, kalau takde lagi bahan-bahan nak buat steamboat ni, boleh la pergi ke kedai berdekatan.

 

Bahan-bahan Steamboat Simple

  • 3 ulas bawang putih diketuk/cincang/tumbuk
  • 1 mangkuk tulang/kaki/leher ayam
  • 3 mangkuk air kosong
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • kuey teaw
  • secubit serbuk lada hitam
  • fish ball, fish cake, mix seafood ball/cake dan sebagainya
  • telur puyuh direbus berasingan dan dikopek kulit
  • sayur sawi pak choy, kangkung, lobak merah, telur kobis, jagung muda dan sebagainya
  • secubit gula melaka
  • garam secukup rasa

 

Cara Menyediakan Steamboat Mudah

  1. Tumis Bawang putih sehingga naik bau.

  2. Masukkan tulang rangka/kaki/leher ayam dan rebus menggelegak sehingga 20-30 minit.

  3. Kecilkan api menjadi sederhana.

  4. Masukkan fish ball, fish cake, mix seafood ball/cake dan sebagainya.

  5. Masukkan garam, gula melaka, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

  6. Perlahankan api kepada yang paling kecil.

  7. Masukkan sayur kecuali sawi pak choi.

  8. Tutup api dan masukkan sawi pak choi.

  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

Telur puyuh dan kuey teaw tu dihidangkan berasingan. Nak makan baru letak.

Kalau suka pedas, boleh tambah chili flakes atau cili padi.

Tak cukup bahan, guna jer apa yang ada.

Selamat menjamu selera. Cuba jangan tak cuba resipi steamboat mudah, simple dan semestinyalah sedap ni tau 🙂

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge