• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Sebelum ni saya ada berkongsi info tentang senaman mudah di rumah. Kalini, nak share berkenaan senaman mudah di pejabat pula. Jadi jangan buat alasan sebab sibuk bekerja, tak dapat ke gym, maka tak boleh nak bersenam…hehehe

Senaman di pejabat ni pun adalah salah satu alternatif sekiranya kita tak berkesempatan nak buat senaman kardio yang kita sedia maklum bagus untuk kesihatan, plus untuk kurus.

 

Senaman Ringkas & Mudah Di Pejabat

#1: Leg Raise (Menaikkan/Angkat Kaki)

senaman mudah di pejabat - leg raise

 

Dalam keadaan masih duduk di atas kerusi kita (tanpa sesiapapun sedar), angkat kaki ke hadapan di bawah meja dan tahan selama 5 saat. Kemudian turunkan kaki dalam keadaan tergantung tanpa menyentuh lantai. Ulang langkah-langkah ini beberapa kali.

 

 

#2: Shoulder Shrug (Mengangkat Bahu)

senaman mudah di pejabat - shoulder shrug

 

Shulder shrug ni mungkin merupakan salah satu gerakan yang biasa dilakukan sewaktu pemanasan badan sebelum senaman. Tapi ia tidak akan menghalang kita daripada turut berbuat sedemikian di meja pejabat kita sendiri.

Tarik bahu ke atas, bawa ke hadapan (macam gerakan menggulung), dan lepaskan.

Untuk lebih cabaran, angkat sesuatu yang berat dengan kedua-dua belah tangan (contohnya kamus @ botol air mineral yang berisi penuh air) sewaktu melakukan gerakan yang sama.

 

#3: Wall Push-Up (Tekan-tubi Pada Dinding)

 

senaman mudah di pejabat - wall push up

Tekan-tubi ni sangat bagus untuk orang yang baru nak bersenam (beginner).

Cari dinding yang kukuh. Berdiri kira-kira 3 kaki  mengadap dinding, dan tegangkan tangan untuk menyentuh dinding dengan tapak tangan.

Dengan tangan yang menekan dinding, sandar dan tolak badan kita untuk melengkapkan proses push-up.

 

#4: Back Stretch  (Regangan Belakang)

 

senaman mudah di pejabat - back stretch

 

Adalah lebih bagus sekiranya kita sedang duduk di atas kerusi beroda yang boleh berpusing.

Letakkan tangan di atas meja, cengkamkan meja dengan kuat. Kemudian, tolak kerusi ke belakang sambil meregangkan kepala ke hadapan supaya ianya berada di antara lengan kita.

Lihat ke bawah pada lantai, dan kemudian, perlahan-lahan tarik diri ke dalam untuk melengkapkan regangan.

 

#5: Standing Leg Curl

 

cara untuk kurus mudah dan ringkas

Kaedah leg curl ni akan menguatkan bahagian urat keting kaki kita.

Mulakan dengan berdiri dan letakkan kedua-dua belah tangan di bahagian belakang kerusi untuk mengimbangkan badan.

Bengkokkan lutut kanan dan angkat tumit ke atas ke arah punggung. Tahan beberapa saat danrendahkan kaki tersebut.

Ulang beberap kali dan lakukan gerakan yang sama pada kaki kiri.

 

Mudah bukan. Boleh buat selalu dan pasti terasa santai dan menyeronokkan. Jangan bos ingat kita sedang bersuka ria sudah, terutamanya bila lakukan gerakan nombor #4 tu…kiki

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Tips jana pendapatan sampingan

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Senaman Mudah Di Pejabat

  1. Senaman-senaman mudah macam ni tak memerlukan kita untuk buat persedian dari segi pakaian dan alatan. Boleh dilakukan dengan cepat. Objektifnya bukan untuk bersenam sampai keluar peluh sangat, tapi cuma untuk memastikan otot diregangkan dan menghilangkan lenguh badan. Tq for sharing
    Azwan recently posted…CABARAN 30 HARI 50 TEKAN TUBI, ANDA MAMPU!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge