• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Buta mata, tak nampak jalan di dunia, kerana tidak nampak cahaya, tidak tahu ke mana hendak di tuju, ke hilir atau ke hulu. Teringat saya lirik lagu sebuah nasyid. Ianya tentang keimanan, tapi saya terbayangkan macam mana orang yang buta mata akibat diabetes .

Masalah penglihatan yang boleh membawa kepada mata buta adalah salah satu komplikasi terbesar pada pengidap diabetes.

 

Tips cegah diabetes

 

Di antara masalah penglihatan yang disebabkan oleh diabetes ialah:-

  • Diabetic Retinopathy – kerosakan pada saluran darah dalam retina
  • Cataract (Katarak) – Katarak ni lebih cepat merebak atau terjadi pada pesakit diabetes berbanding orang normal
  • Glaucoma – Peningkatan tekanan ceciar dalam mata yang membawa kepada kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan. Risiko pengidap diabetes mendapat Glaukoma adalah 2 kali ganda berbanding orang dewasa yang lain.

Kajian Mata Kebangsaan pada tahun (1996) menganggarkan seramai 63,000 orang menjadi buta dan 53,000 orang mengalami rabun teruk di Malaysia.

Kemungkinan pengidap diabetes menjadi buta adalah 25 kali ganda berbanding orang biasa yang sihat.

Kalau ibu dan terutamanya bapa kita yang ada diabetes ni, memang mereka sangat berisiko tinggi untuk menjadi buta.

Kita yang belum ada diabetes ni, lagilah berisiko nak kene. Sebabnya faktor keturunan.

Jadi kalau belum ada diabetes, baik cegah dahulu. Kalau dah ada simptom-simptom awal diabetes, segeralah bertindak untuk menghilangkan atau merawatnya.

 

Tips Cegah Diabetes Melalui Senaman

Amalkan bersenam. Bersenam ni bagus sangat untuk kesihatan sebab ia bantu menghilangkan kalori dengan hebat sekali.

Senaman turut menguatkan jantung, paru-paru, melancarkan peredaran darah, mengendurkan ketegangan saraf, menurunkan paras gula serta berat badan.

Jadi, bersenam ni pun bagus untuk orang obesiti sebab mereka sangat berpotensi besar nak dapat diabetes. 2 in 1 action gitu!

Boleh try jogging, berjalan, berbasikal, berenang atau aktiviti yang mengeluarkan peluh. Ikutlah tahap kemampuan diri juga.

Bersenam ni lakukan 3-5 kali seminggu dalam 20-30 minit tiap sesi.

 

Tips Amalan Diet Cegah Diabetes

1) Amalkan diet seimbang, sangat disarankan ikut piramid makanan tu.

2) Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak terutamanya makanan segera atau yang diproses

3) Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman tinggi gula seperti minuman berkarbonat dan makanan dalam tin atau dijeruk

4) Amalkan diet kurang perisa, pewarna, penstabil tambahan.

5) Ambil makanan tinggi serat seperti buah-buahan. Namun jika mengidap diabetes, kurang atau elakkan nangka dan pisang sebab gula dalam buah ni tinggi tau.

6) Makan mengikut waktu dan kuantiti sesuai.

7) Kekalkan berat badan ideal

8) Amalkan suplemen mencegah diabetes. Di antara suplemen terbaik ialah Vivix.

Vivix mengandungi resveratoral yang terdapat di dalam kulit anggur muscadine yang bantu kawal paras gula dalam darah.

Vivix juga bantu betulkan sel yang reject insulin. Sebabnya masalah utama berlaku diabetes adalah rintangan insulin.

 

Tips cegah diabetes
Testimoni Vivix yang membantu kawal paras gula dalam darah

 

Maka, lebih baik mencegah diabetes daripada mengubatinya. Inshaa Allah risiko buta akibat diabetes pun dapat dicegah

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

9 thoughts on “Tips Cegah Diabetes Untuk Elak Buta Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge