• Putrajaya, Malaysia
  • April 16, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Cirit-birit atau nama glamernya, cherry-berry boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Saya sendiri pun pernah terkena. Cirit-birit terjadi apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui saluran penghadaman yang selalunya diakibatkan oleh jangkitan virus.

 

 

Cirit-birit_How-to-Stop-Diarrhea-Naturally

 

Cirit-birit biasanya tidak merbahaya dan dirawat dengan meminum banyak air dan berehat. Namun, cirit-birit yang serius biasanya berlarutan beberapa jam sehingga ke beberapa hari serta perlu ditangani dengan segera.

 

Petua Merawat Cirit-birit

 

1) Teh Kelat
Air teh kelat ni saya sendiri yang amalkan. Kalau terkene cirit-birit, selalunya saya bancuh 1 uncang teh dengan 1/2 cawan air panas. Biarkan sampai jadi suam-suam kuku. Lepas tu boleh minum cepat-cepat supaya rasa kelat tak lekat sangat dalam mulut dan pada tekak.

 

Alhamdulilllah, orang Terengganu kata “skong” atau mujarab dengan saya 🙂 Lepas tu cirit-birit akan beransur hilang.

 

Petua lain yang saya ambil dari laman web:-

 

2) Air Tepung
Air tepung gandum ni petua untuk baby bawah 1 tahun yang terkena cirit-birit. Bancuhkan 1 sudu teh tepung gandum ke dalam segelas air kosong. Biarkan tepung mendap di dasar gelas terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi.

 

Biasanya disyorkan kepada bayi yang berusia 5 bulan ke atas. Sebaik-baiknya pilihlah tepung gandum yang bebas peluntur.

 

3) Air Beras
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga kehitaman seperti beras terbakar di Langkawi tu.

 

Kemudian rendam beras tersebut ke dalam segelas air sejuk hingga kembang. Tapis air tersebut terlebih dahulu. Minum dalam anggaran 1 suku cawan. Sekiranya masih terdapat cirit-birit, ulang minum air beras tersebut dalam sukatan yang sama dalam 2-3 kali atau sehingga sembuh.

 

 

Tips Menghadapi Cirit-birit

 

1) Elakkan Makanan Pejal Tetapi Minum Banyak Air

Pastikan minum air kosong dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi atau kekeringan badan. Minum satu gelas air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

 

2) Beri Perhatian Pada Tanda-tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan

Cirit-birit sepatutnya mulai reda 24 jam selepas anda mengambil cecair. Contohnya, apabila anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pejal.

 

3) Ambil Makanan Lembut

Makanan pertama yang diambil haruslah lembut dan mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Boleh juga roti putih bakar (rawatan kuno Hippocrates)

 

4) Elakkan Sayur Mentah & Buah-buahan

Tunggu sehingga usus anda dapat berfungsi dengan normal. Mulakan dengan mengambil 1/4 daripada jumlah biasa. Sekiranya tidak berlaku cirit-birit, anda boleh menambah jumlah pengambilan tersebut.

 

5) Jangan Paksa Diri

Tambah pengambilan sedikit demi sedikit sehingga anda berasa selesa atau sehingga anda pulih sepenuhnya. Sekiranya berlaku kembali cirit-birit, ulang ke tahap sebelumnya.

 

 

Tips Shaklee

Bagi yang mengalami cirit-birit, sangat disarankan untuk mengambil kombo Nutriferon, Performance Drink dan Peppermint Ginger Plus.

 

Nutriferon akan bertindak membantu meningkatkan imun badan anda melawan kuman.

 

Performence Drink akan bertindak membantu untuk mengekalkan kadar cecair yang optimum dalam badan sekaligus menggantikan cecair yang hilang. Selain daripada membantu tubuh kekal hydrated, ia turut menjadi pembekal tenaga segera.

 

Peppermint Ginger Plus pula membantu dalam menyingkirkan angin dalam badan. Ini kerana, apabila perut kita kosong, angin mudah masuk dan menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa.

 

Bagi bayi yang baru lahir dan sedang menyusu, sekiranya terkena cirit-birit, ibu boleh mengambil semua supplement di atas untuk bantu menyalurkan zat kepada bayi tersebut.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau order, anda boleh berhubung terus dengan saya.

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Tips Merawat Cirit-Birit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge