• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Kejayaan secara amnya dikatakan apabila kita telah mencapai sesuatu target atau aim yang telah dibuat. Namun cukupkah sekadar itu sahaja?

 

 

kejayaan-success

 

Rata-rata di kalangan kita melabelkan orang yang berjaya ialah orang yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, orang yang hidup mewah atau atau yang mempunyi kebendaan.

 

Orang suka memandang kejayaan di dalam bentuk keduniaan atau material. Perkara yang sememangnya menjadi target kehidupan hampir semua orang.

 

Namun, kejayaan yang sebenar juga dapat diukur apabila kita dapat mengubah diri kita, keluarga, masyarakat malah negara kepada keadaan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Yang paling utama, sudah pastilah diri sendiri.

 

Ini kerana, sesebuah negara yang maju dan aman dibentuk oleh masyarakat yang sejahtera, masyarakat yang sejahtera lahir daripada keluarga yang bahagia, keluarga yang bahagia terdiri daripada individu yang bersahsiah mulia.

 

Sebagai contoh, katakan kita sebelum ini merupakan seorang yang pemalas dan pengotor, selepas berusaha mengubah tabiat diri sendiri, maka kita telah bertukar kepada seorang yang rajin dan pembersih. Nilai tambah yang positif di dalam diri inilah yang menjadi batu tanda kejayaan sebenar seseorang.

 

Seterusnya akan dicontohi oleh ahli keluarga terdekat, kemudian aura positif ini akan tersebar ke dalam masyarakat yang akhirnya menjadi amalan seluruh negara.

 

Apa guna harta bertimbun tetapi kita bersikap angkuh dan sombong, apa guna ijazah atau kelulusan dan jawatan tinggi kalau kita mengamalkan rasuah, apa guna kemasyhuran andai kita seorang anak derhaka.

 

 

kejayaan-Successful-Business-Practices

 

Namun, alangkah beruntunglah kita sekiranya menjadi seorang hartawan yang dermawan, negarawan yang budiman atau ilmuan yang tawadduk dan tinggi pekerti.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

 Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

Hari #21: Binatang Kesukaan Saya

Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya

Hari #23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya

Hari #24: Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang

Hari #25: Perkara Yang Menjadi Obsession Saya

Hari #26: Hadiah Terbaik Untuk Ibu dan Bapa Saya

Hari #27: Hadiah Terbaik Buat Suami Saya

Hari #28: Hadiah Terbaik Yang Ingin Saya Berikan Kepada Anak-anak dan Anak Saudara Saya

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
SID: 1001144

 

Hadiah Terbaik Yang Saya Ingin Beri Kepada Anak-anak/Anak Saudara Saya

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge