• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

ESP dan Performance Drink Sewaktu Puasa

 

Bulan puasa ni walaupaun macam lambat lagi, lebih kurang dalam 3 bulan akan datang, tapi tak salah kan kita buat persediaan awal. Lagipun tips ni boleh juga diamalkan oleh mereka yang suka berpuasa sunat. Tips yang sesuai sepanjang masa gitu:)

 

Oppssss, juga sangat-sangat membantu ibu yang sedang menyusukan baby, para atlit serta mereka yang bekerja berat. Jadi, inshaa Allah, tak perlulah terpaksa berganti-ganti puasa lepas ni, inshaa Allah.

 

Bagaimana Tubuh Mendapat Bekalan Tenaga

 

Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti nasi, roti, bubur dan kuih muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.

 

Selain itu, tubuh juga mendapat bekalan tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glukos melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun, proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.

 

Di sinilah juga hikmahnya disarankan melewatkan sahur agar tenaga daripada karbohidrat dapat bertahan lebih lama kerana glikogen daripada karbohidrat cepat diproses oleh tubuh.

 

ESP dan Performance Drink Sewaktu Puasa

 

Tips Pemakanan Sewaktu Berpuasa

 

  1. Sewaktu berbuka, lebihkan makanan mudah hadam seperti jus buah-buahan, bubur, sup, kuih-muih dan roti putih. Kurma adalah contoh terbaik kerana tinggi serat, gula, karbohidrat dan zat galian yang baik untuk kesihatan.
  2. Kurangkan makanan berlemak/bergoreng kerana boleh menyebabkan ketidakhadaman seterusnya pedih ulu hati.
  3. Kurangkan makanan terlalu manis –  terlalu cepat hadam dan sebabkan badan mudah letih.
  4. Elakkan makanan terlalu pedas terutama pengidap gastrik kerana boleh merangsang terlalu banyak asid gastrik.
  5. Elakkan minuman bergas/berkarbonat dan berkafein (teh, kopi) kerana menyebabkan anda lebih kerap buang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam tubuh.
  6. Banyakkan meminum jus buah-buahan, susu atau air kosong sepanjang selepas berbuka dan bersahur.

 

Tips Shaklee & Puasa

 

esp energizing soy protein shaklee

 

ESP

ESP agak terkenal sebagai energy booster kerana mengandungi Indeks Glisemik yang rendah. Apabila Indeks Glisemik rendah, maka, gula akan dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam darah. Keadaan ini sekaligus membolehkan bekalan tenaga berterusan diperolehi oleh tubuh sepanjang hari berpuasa.

Indeks Glisemik yang rendah juga memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Sebab itu tidak terasa lapar sewaktu berpuasa.

 

Performance Drink untuk berpuasa

Performance Drink

Performance Drink berperisa oren merupakan minuman isotonik yang bebas gas atau tidak berkarbonat.

Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh, sekaligus mengatasi masalah dahaga (KURANG HAUS)

Ianya bersifat isotonik iaitu minuman yang mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan tubuh kita. Dengan itu, penyerapan lebih mudah sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah. Maka kesannya – tubuh KURANG PENAT dan LEBIH CERGAS!

 

Gabungan ESP dan Performance Drink akan memberi impak maksima untuk tenaga harian anda.

 

NOTA: Kalau anda ingin berjimat dengan ESP pada bulan Mac ini, jangan lupa hubungi saya. Dah boleh buat stok untuk Ramadhan nanti. Expired date produk Shaklee selalunya lebih daripada setahun.

 

Jom kekal cergas bertenaga sepanjang hari walaupun sedang berpuasa.

 

Terima kasih 🙂

 

Shaklee Independent Distributor

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Tips Kekal Cergas Bertenaga Sewaktu Berpuasa

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge