• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Pemakanan sangat penting dalam mendapatkan kesihatan tubuh termasuk kulit yang cantik lagi berseri. Sebab tu, kalau nak sihat dan cantik, perlu mengambil makanan yang berkhasiat. Kurangkan makanan berlemak, terlalu manis, terlalu masin dan kalau boleh, elakkan makanan rapu atau makanan ringan yang tinggi bahan perisa, pewarna dan penstabil makanan.

 

Di antara 5 jenis makanan yang membantu mendapatkan kulit cantik, berseri, gebu lagi anjal ialah:-

 

1) Strawberi

 

strawberi-strawberry

 

Secawan strawberi menyediakan 130% Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran zat kolagen. Kolagen berfungsi membantu mengekalkan ketegangan dan kelembutan kulit. Keperluan Vitamin C yang mencukupi akan mengurangkan garis-garis pada kulit. Kekurangan Vitamin C menyebabkan kulit menjadi kering dan berkerut.

 

2) Epal Merah/Hijau

 

epal hijau-merah_red-and-green-apples

 

Quarcetin, sejenis antioksida yang banyak terkandung di dalam kulit epal hijau berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh menjadi penyebab berlakunya kanser kulit.

Namun, anda perlu memastikan kulit epal tersebut bebas bahan kimia beracun yang mungkin disembur sewaktu di ladang atau bahan lilin yang digunakan sewaktu proses pembungkusan.

 

3) Salad

 

salad6 helai daun salad mengandungi 100% keperluan Vitamin A. Vitamin A berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, kandungan kalium di dalam salad juga turut membantu meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

 

4) Soya

 

8.3.1

 

Kajian menunjukkan, berlaku peningkatan kedutan halus dan ketegangan kulit pada perempuan yang berusia akhir 30-an dan 40-an. Dengan itu, anda sangat digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglycone seperti tempe.

 

5) Tomato

 

tomato

 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan 5 sudu pasta tomato yang kaya lycopene setiap hari selama 3 bulan memiliki perlindungan 25% lebih banyak terhadap perlindungan sinar matahari.

Selain daripada itu, makanan ini turut membantu kulit untuk mempunyai banyak kolagen sekaligus mencegah kekenduran kulit. Jadinya, kulit akan kelihatan lebih anjal.

 

Kalau anda nak tahu tentang produk Shaklee untuk kulit, anda boleh ke entri Petua & Rahsia Kulit Cantik Berseri.

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

13 thoughts on “Tips Kulit Cantik, Anjal, Gebu & Berseri Dengan 5 Jenis Makanan

  1. Benar sekali makanan yang sudah disebutkan diatas sangat baik untuk kesehatan kulit. Kulit putih, mulus, cerah, berseri. Selain itu kulit juga jadi tidak mudah kendor, selalu terlihat kencang, kenyal, dan elastis. Nah kabar baiknya, semua makanan itu juga baik untuk kesehatan tubuh. Jadi, jika Anda memiliki pola hidup dan pola makan yang sehat, tentu Anda akan mendapatkan tubuh yang sehat sekaligus kulit yang indah serta cantik. Terimakasih.
    Makanan Mencegah Kulit Keriput recently posted…Tips Diet Sehat Untuk Menurunkan Berat Badan Yang Berlebih Secara Alami Untuk Pria Dan WanitaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge