• Putrajaya, Malaysia
  • February 23, 2024

Bulan puasa ni agak mencabar sikit bagi mak-mak bekerja yang memang selalunya menyediakan hidangan berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga.

Walaupun pada bulan puasa ni, waktu pulang ke rumah selalunya lebih awal daripada biasa, tapi tugasan untuk menyediakan hidangan berbuka ni pun agak mengambil masa.

Kalau kebetulan hari tersebut, mak-mak ni terlewat sampai kat rumah, memang bersilat tanpa hentilah kat daput tu. Cuma, mesti agak stress sikit kalau masa tulah nak kene potong dan blend bawang, masa nilah nak goreng ikan yang masih beku, masa nilah nak kene prepare cili kisar sebab cili boh dah habis.

Nak lagi dramatik, baby yang masih kecil pula menangis nak susu. Mau tak bersilat kat dapur mak-mak kan?

Kalau time bersahur lagilah. Kalau kebetulan pula terlewat bangun sahur, memang makan kurma dan air kosong jer lah jawabnya.

 

Tips Mudahkan & Cepatkan Penyediaan Hidangan Berbuka

Di antara kaedah yang boleh diamalkan oleh semua mak yang bekerja tapi selalu masak hidangan berbuka ialah:

1) Sediakan Senarai Menu Cadangan Untuk Seminggu.

Jadi, tak lah para mak sekalian garu kepala nak masak apa. Resipi pun boleh diambil dan ditampal siap-siap.

Lagipun, cara ini akan bantu mak-mak untuk membeli barang mentah ikut keperluan. Tak lah membazir jer kalau lupa masak dan barang tersebut akhirnya rosak.

 

2) Sediakan Bahan Lebih Awal

Siap-siap kisar pes memasak macam cili dan bawang, atau kupas siap-siap bawang yang diperlukan. Selain daripada itu, bersihkan dan asing-asingkan bahan mentah atau bahan basah dalam satu bekas untuk sekali masak serta tandakan.

Macam sambal tu pun boleh buat siap-siap. Lepas tu simpan dalam peti sejuk untuk stok agak-agak dalam semingu..

 

3) Lebihkan Kuantiti Masakan

Masak lebih lauk untuk berbuka, untuk bersahur, panaskan sahaja.

 

4) Berbuka Di Masjid

Dengan berbuka di masjid, kita boleh gunakan masa yang ada sebelum berbuka dengan berdoa serta boleh lebih fokus kepada beribadah.

 

Selamat berpuasa semua. Semoga urusan harian kita dapat berjalan lancar di samping kita dapat mempertingkatkan lagi amal baik di bulan Ramadan yang penuh barokah ini.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Tips Memasak Cepat Untuk Penyediaan Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge