• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Nak jadi usahawan, semua orang boleh jadi, tapi nak jadi usahawan yang cemerlang tu tidak kurang hebatlah juga cabarannya.

Dari seseorang yang belum pernah buat bisnes, kemudian terjun ke dunia bisnes, memang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Pertamanya dari segi rutin harian. Perlu pandai membahagikan masa, tidak kiralah sebagai seseorang yang bekerja dengan majikan atau tidak.

Kene ikhtiar untuk sesuaikan diri dengan kerja-kerja bisnes dan tugas hakiki harian.

(Boleh rujuk video tentang Tips Uruskan Masa Agar Tugas Harian Lebih Teratur di: https://is.gd/nb0oz)

 

 

 

Kemudian, bagaimana nak konsisten. Sebagai contoh, apabila mendapat task daripada group mentor yang telah berjaya menjadi contoh usahawan terbaik, adakah kita dapat ikuti tanpa gagal?

Selain daripada itu, adakah kita buat tak plan yang kita dah rancang?

Contohi sikap usahawan berjaya dengan acuan kita sendiri.

Seterusnya, banyakkan berharap, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sabar. Perkara ni sangat penting tau.

Dialah sang pemilik rezeki, jadi kena bodek Dia kaw-kaw lah. Jangan kita bekerja siang malam tapi langsung abaikan suruhan-Nya.

Sia-sia hidup kita ni. Tiada langsung keberkatan.

Selamat menjadi Usahawan Cemerlang Dunia Akhirat ???

 

Naimah Wahab
019-937 7380

Founder of KIM Family

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge