• Putrajaya, Malaysia
  • April 20, 2024

Rasanya macam dah lama tak share tips tentang kurus ni. Almaklumlah, bulan ni demam Vivix 😛 Banyak betul nak share tentang kebaikan Vivix untuk kesihatan nih. Berbalik pasal kurus, semua 10 tips untuk kurus ni sangat simple dan boleh dilakukan dengan mudah.

 

10 Tips Kurus Yang Mudah & Ringkas

1)  Berjalan

 

tips kurus cepat dan mudah - berjalan

  • Kalau boleh, parking kereta agak jauh dari pejabat/rumah
  • Guna tangga berbanding lif
  • Berjalan bersama-sama kawan/keluarga
  • Berjalan ke meja rakan sepejabat berbanding menggunakan interkom/telefon

 

2) Makan Apabila Lapar

Jangan makan/mengunyah sepanjang masa. Pastikan ada senggang 3-4 jam antara waktu makan utama dan snek sihat.

 

3) Bersarapan

Sangat penting untuk mengambil sarapan kerana sebagai sumber tenaga dan juga boleh mencegah pengambilan makanan berlebihan sewaktu makan tengah hari.

 

4) Makan Dalam Bahagian (Portion) Yang Kecil/Sedikit

 

tips kurus cepat dan mudah - makan dalam bekas kecil

 

Kalau membeli makanan, cuba kurangkan pengambilannya separuh. Sebahagian lagi boleh dibungkus dan dijadikan makan malam.

Jangan lupa menggunakan pinggan yang lebih kecil. Ia akan mempengaruhi psikologi kita dan membuatkan kita rasa kita telah makan terlalu banyak. Lagipun terasa pinggan tu macam penuh je

 

5) Yoga

Yoga bukan sahaja meningkatkan fleksibiliti dan menghilangkan stress, malah yoga dapat membantu menurunkan berat badan.

 

6) Luangkan Lebih Banyak Masa Untuk Aktiviti Luar Rumah

Tinggalkan segala gajet, TV dan barangan video games.  Lakukan aktiviti luar rumah yang boleh mengeluarkan peluh.

 

7) Bina Otot

Sangat disyorkan untuk melakukan latihan membina otot 3x seminggu. Push up, lunges dan squat boleh dilakukan di mana sahaja kerana ia tidak memerlukan peralatan.

 

8) Timbang

Mengambil berat badan membantu kita menyukat berapa kadar penurunan yang telah berjaya kita capai.

 

9) Elak Minum Ringan (Soda)

Minum 1 tin soda boleh menambah 1 paun berat badan sebulan. 1 tin cola mengandungi 8 sudu gula. Bertukarlah kepada air kosong. Ianya baik untuk kesihatan dan ukuran pinggang.

 

10) Makan Buah

 

set vitamin kurus shaklee

 

Buah biasanya mengandungi air dan tidak mengandungi lemak. Tidak perlu risau tentang karbohidrat di dalam buah. Buah juga kaya dengan serat yang sihat.

 

Dalam banyak-banyak tips ni, saya suka nombor 10. Sebabnya saya memang suka makan buah, makan lagi! hehehe. Air soda memang tak suka dan sekarang ni memang banyak minum air kosong. Air kosong zero kalori, jadi memang tepat untuk nak kurus. Kalau betul-betul amalkan semua rules yang ada ni, gerenti dalam masa sebulan pun dah boleh nampak ketara perbezaan berat badan.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge