• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Tahukah anda, selain daripada kolestrol, banyak lagi benda lain yang boleh melekat dan termendap pada dinding salur darah termasuklah Kalsium? Keadaan mendapan Kalsium ini dikenali sebagai calcification. Apabila berlaku calcification, kesannya ialah ia akan mengeraskan bahagian yang terdapat mendapan tersebut.

Selain daripada salur darah, kalsium boleh termendap pada bahagian badan serta organ tubuh yang lain seperti sendi, breast, otak dan buah pinggang. Daripada sinilah terjadinya batu karang.

 

calcification

 

Adakah Mendapan Terjadi Akibat Kalsium Berlebihan?

Jawapannya adalah TIDAK. Mengikut kajian daripada Universiti Harvard, pengambilan Kalsium tiada kaitan langsung dengan penyakit batu karang atau mana-mana penyakit dari calcification ni. Jadi, ini bermakna, mengambil Kalsium atau tidak, risikonya adalah sama.

 

Punca Mendapan Kalsium Dalam Salur Darah

Punca utama berlakunya mendapan Kalsium dalam salur darah sebagaimana yang telah dikenalpasti adalah disebabkan oleh kecederaan dalaman, jangkitan, genetik, masalah auto-imune dan pesakit yang pernah menjalani pembedahan.

Oleh itu, tak perlulah kita berasa gusar nak mengambil Kalsium kalau ada masalah kesihatan yang berkaitan seperti sakit sendi, lenguh-lenguh badan, sering sembelit, kuku rapuh dan sebagainya.

Kalau yang sedang consume Ostematrix tu, silalah makan macam biasa ye. Makan dengan riang gembira gitu!hehehe

 

Adakah Mendapan Kalsium Dalam Salur Darah Boleh Dirawat?

Menurut International Journal of Molecular Sciences, berdasarkan ujian yang dilakukan bagi mengkaji penyebab berlakunya calcification ni bukanlah berpunca daripada Kalsium, sebaliknya, peyumbang utama kepada masalah ini ialah:-

  • makanan yang diproses (processed food) seperti sosej, nugget, fries
  • pengawet makanan
  • lemak trans
  • gula

Jadi, punca utama ni adalah daripada makanan seharian kita. Hampir semua kandungannya turut mudah dijumpai di dalam makanan ringan (junk food).  Senang cerita, semuanya boleh didapati dalam rumah sendiri, ye tak?

Oleh itu, sangatlah perlu kita menitikberatkan apa yang masuk ke dalam perut kita. Makanan yang kita makan akan menentukan kesihatan kita.

 

Suplemen Bagi Mendapan Kalsium Dalam Salur Darah

Dalam laporan yang sama telah mencadangkan pengambilan suplemen yang mengandungi Resveratrol dan Omega untuk mengatasi masalah mendapan Kalsium dalam salur darah.

Resveratrol merupakan kandungan utama yang terdapat di dalam Vivix, manakala Omega pula dapat diperolehi dengan mengambil supelemen minyak ikan Omega Guard.

 

Seperti biasa, untuk kesihatan yang lebih baik, amalkan pengambilan makanan yang penuh nutrisi, melakukan aktiviti fizikal, jaga amalan rohani dan mengambil suplemen yang dah menjadi keperluan sekarang ni.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge