Stress boleh menjadi punca kematian. Gulp! Biar betul? Memang betul, stress atau tekanan hidup yang tidak dikawal boleh menjejaskan kesihatan.
Apabila stress, hormon dalam tubuh kita pun akan terganggu. Hormon yang dah kacau-bilau ni secara tidak langsung akan ganggu keseimbangan sistem tubuh kita
Bila sistem tubuh dah tak stabil, maka akan muncullah pelbagai jenis penyakit. Jangan tak tahu, penyakit kronik yang sering berlaku tu, banyak juga datang akibat stress. Yang paling membimbangkan, stress yang di peringkat agak serius turut membahayakan orang lain terutamanya orang di sekeliling.
Contohnya ibu bapa yang terlalu stress berisiko untuk melepaskan tekanan kepada anak-anak yang mungkin boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian. Pastu menyesal tak sudah tapi semuanya dah terlambat.
Pengalaman 2 orang rakan saya. Seorang terkena penyakit tiroid dan seorang lagi mempunyai masalah jantung. Semuanya adalah akibat stress. Gerun weh!
Jadi, kita perlulah bijak menangani stress kalau tak mahu diri dan orang tersayang yang merana.
Langkah Mudah Untuk Menghilangkan Tekanan Hidup
Puan Nurazlina ni ada 3 cara mudah untuk hidup lebih gembira dan happening. Dengar perkongsian beliau dalam video ni akan buat kita tersedar, ohhh, simple jer rupa-rupanya nak jalani hidup yang tenang ni. Tak perlu pun nak complicated sangat.
Mudah kan? Amalan sehari-harian pun. Nampak simple jer, tapi inshaa Allah akan memberi impak yang besar, sekaligus akan membawa perubahan hidup ke arah yang lebih positif.
Oke, tak mahu serabut dan stress lagi dah ye. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Yang membezakan kita adalah cara bagaimana kita menghadapi dan menangani masalah atau cabaran hidup tersebut.
Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!.
Senyum Sokmo!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
hidup bahagia dengna selalu qanaah menerima segala nikmat dengan rasa syukur
islam di dadaku recently posted…CERMIN
Alhamdulillah, syukur tu tinggi darjatnya
Stress boleh mengundang pelbagai penyakit juga kan.. susah nak bahagia klu kehidupan asyik stress je..
Khir Khalid recently posted…Penghargaan Blogger Mesra Februari 2015
Betul tu, asyik tensen jer memanjang, muka pun nampak cepat tua 😛
sekali sekala adalah biasa stress..kalau selalu sangat bahaya juga tu.
Hero Borneo recently posted…Kisah Hebat Kejayaan Pengasas Hyundai
Betul, sekali sekala stress mngkin boleh melonjakkan kita, kalau selalu stress, ada problem tu 😛