Dua langkah mudah turunkan berat badan tanpa berdiet yang telah dikongsikan ialah Makan Secara Berkala dan Nisbah Nutrisi Setiap Hidangan. Langkah-langkah tersebut memang senang kita nak ikuti. Malah sedikit sebanyak telah memperbetulkan salah faham kita terhadap diet semasa dengan diet yang betul.
3 Tips Makan Secara Betul (Sambungan)
#3: Kadar Kalori Setiap Hidangan
Merujuk kepada point ke-2, dengan makan secara kerap, kita tidak akan terdorong untuk mengambil terlalu banyak kalori bagi setiap hidangan.
Untuk wanita, disyorkan mengambil 250-350 kalori bagi setiap hidangan manakala orang lelaki pula disyorkan mengambil 400-450 kalori bagi setiap hidangan.
Kalori & Kaitan Dengan Aktiviti Harian
Namun, pengambilan kalori ini juga bergantung kepada kadar aktiviti harian setiap individu. Tidak kira sama ada golongan lelaki awatau wanita, sekiranya kita merupakan seorang yang tersangat aktif, maka sudah pastilah kita memerlukan lebih banyak kalori.
Sebaliknya, sekiranya kita ni jenis jarang bergerak aktif, atau seorang pekerja yang banyak melakukan kerja pejabat seperti mengadap komputer, sangatlah disyorkan mengikut garis panduan pengiraan kalori yang diberikan.
Jumlah kalori ni merangkumi semua zat makanan yang wajib termasuklah protein, karbohidrat dan lemak.
Kenapa Perlu Kawal Pengambilan Kalori Harian
Kita perlu mengawal pengambilan kalori harian kita kerana:-
- Terlalu banyak kalori setiap hidangan akan meyebabkn berlakunya penyimpanan lemak dan menurunkan rasa selara makan untuk hidangan seterusnya.
- Terlalu sedikit kalori pula akan menyebabkan kadar gula dalam darah akan jatuh dan menjadikan kita nak makan sangat/mengidam (craving) makanan manis. Maknanya, bila kita nampak makanan manis, kita akan terus capai dan makan tanpa had atau berfikir terlebih dahulu
Bagaimana Nak Tahu Kalori Mencukupi?
Kunci utama nak tahu kita cukup kalori ni pun lebih kurang macam point pertama (makan secara kerap) iaitu rasa berpuas hati/selesa (satisfy) atau tak terlalu lapar atau tak terlalu kenyang selapas 3-4 jam mengambil setiap hidangan.
Jika rasa terlalu kenyang lepas makan, bermakna kita dah makan terlalu banyak. Tapi kalau 1/2 lepas makan, dah lapar balik, maknanya kita makan terlalu sedikit hidangan tadi tu.
Sebenarnya, kalau kita amalkan kesemua langkah mudah untuk turunkan berat badan ni, bukan sahaja berat boleh hilang, malah kita boleh maintain berat badan sepanjang hayat kita. Berbanding diet yang ekstrem dan diet-diet lain, ianya hanya bersifat sementara. Dengan cara ni, kesihatan kita pun lebih baik. 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144
ayooo yang mau diet ikuti tips nya,,, ^__^
artikel pengobatan recently posted…Obat Darah Tinggi yang Herbal
Yeahhh, ayoooh 🙂