• Putrajaya, Malaysia
  • April 23, 2024

Dalam menjalani proses nak kuruskan badan ni. pelbagai pantang-larang yang kita jumpa. Ada yang logik, ada juga yang tidak. Malah banyak juga pantang larang tersebut sebenarnya hanyalah kepercayaan atau mitos.

 

cara hilangkan lemak badan

 

Mitos & Salah Faham Tentang Kegemukan

Mitos #1: Terdapat Makanan Yang Mengurangkan Kalori

Ada di antara kita yang berpendapat, terdapat sesetengah makanan akan meningkatkan proses pengurangan berat badan daripada tidak mengambil sebarang makanan.

Tetapi realiti yang sebenarnya ialah, sememangnya terdapat sesetengah makanan yang rendah kalori tetapi tiada sebarang makanan yang tidak mempunyai kalori.

Yang pastinya, memang terdapat makanan yang bantu merangsang metabolisma tubuh untuk lebih peka dan aktif.

 

Mitos #2: Menyukat Pengambilan Karbohidrat Bermakna Tidak Perlu Menyukat Kalori

Ada di antara kita yang mengamalkan diet makanan yang tinggi kandungan protein dan lemak. Dengan harapan, berat badan akan turun melaui aktiviti senaman.

Hakikat sebenarnya pula, walau apa jenis diet pemakanan, sekiranya diambil secara berlebihan daripada apa yang badan kita perlukan, lemak badan masih akan bertambah sekalipun tidak mengira pengambilan kalori.

 

Motos #3: Tidak Perlu Menyukat Kalori Jika Kita Bersenam Secukupnya

Ramai di kalangan kita yang beranggapan, dengan senaman yang mencukupi, pengiraan kalori sudah tidak penting lagi.

Padahal, badan kita hanya boleh melalui sejumlah senaman sahaja. Apabila kita berhenti bersenam, proses kehilangan lemak turut terhenti.

 

Mitos #4: Berpuasa Adalah Jalan Terbaik Untuk Kurus

Sanggup berlapar untuk kurus. Malah kerana dah jadi macam  fobia pada makanan sehingga terjerumus ke dalam golongan Aneroxia.

Berpuasa akan mengurangkan proses tubuh untuk menjadi ramping sekaligus memperlambat proses pengurangan lemak.

Puasa tidak bagus jika ingin berdiet. Tubuh tidak dapat menbezaan sama ada kita berada di dalam berpuasa atau lapar.

Tanpa makanan, tubuh akan menghasilkan tenaga dengan cara merendahkan kadar metabolisma. Bila metabolisma rendah, kalori yang terbakar pun menjadi berkurangan.

Jadi, niatkan berpuasa Ramadhan, sunat Isnin-Khamis dan puasa sunat yang lain kerana Allah 🙂

 

Mitos #5: Satu-satunya Punca Kegemukan Adalah Makan Terlalu Banyak

Makan dengan jumlah yang besar memang boleh menggemukkan. Namun terdapat salah satu punca utama kegemukan iaitu faktor keturunan (genetik).

Memang terdapat di antara kita yang lahir dengan kadar pembakaran kaloria yang rendah. Akibatnya metabolisma menjadi tidak efisyen dan sisa makanan berlebihan yang dimakan akan disimpan di dalam tubuh.

Jika golongan ini tidak menjaga diet yang betul serta tidak melakukan aktiviti fizikal, mereka memang sangat mudah menjadi gemuk.

Sebenarnya banyak lagi mitos nak kurus ni. Malah ada yang berbahaya untuk kesihatan.

Oleh itu, dalam nak melakukan sesuatu, biarlah bersederhana tetapi bersungguh-sungguh termasuklah nak kuruskan badan. Jangan terlalu extrem dalam mempercayai atau mengikuti sesuatu perkara yang kadang-kala boleh memudaratkan kesihatan diri sendiri.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “5 Mitos Tentang Kegemukan Yang Sering Buat Orang Salah Faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge