• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Kalau kita sedang berusaha nak kurus tau mengalami sebarang masalah kesihatan tertentu, jangan lupa untuk memasukkan “aktiviti” minum air kosong dalam list seharian kita. Air ni sangat penting untuk kesihatan. Amalan meminum air pun sangat senang serta tidak memerlukan belanja yang besar.

 

 

kebaikan air - kekal kurus

#1: Kekal Kurus Dengan Air

Sekiranya kita dalam proses nak kuruskan badan, air adalah pilihan terbaik kerana air meningkatkan metabolisma dan memberikan rasa kenyang.

Gantikan minuman berkalori dengan air kosong dan dengan meminum segelas air sebelum makan akan membantu kita berasa kenyang. Keadaan ini akan menghalang kita daripada terlebih makan.

Meminum air terutama air berais, akan lebih meningkatkan lagi metabolisma tubuh. Ini kerana tubuh kita akan bekerja lebih kuat untuk memanaskan air sejuk tersebut agar menyamai suhu tubuh untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang berkaitan.

Sewaktu proses ini, lebih banyak kalori akan dibakar.

 

 

kebaikan air - elak masalah otot dan sendi

#2: Air Meningkatkan Tenaga Kita

Sekiranya kita berasa kering, segera minum air. Hidrasi (kekurangan air) akan menyebabkan kita berasa letih.

Jumlah air yang betul dalam tubuh akan membantu jantung melaksanakan fungsi mengepam darah dengan betul.

Air juga membantu darah mengangkut oksigen dan nutrien penting lain kepada sel tubuh kita.

 

 

kebaikan air - elak stress

#3: Air Bantu Rendahkan Tekanan

Kira-kira 70%-80% tisu otak terdiri daripada air. Jika kita terhidrat, badan dan minda kita akan menjadi stress (tertekan).

Sekiranya kita berasa haus, itu petanda kita telah terhidrat.

Untuk merendahkan kadar tekanan, pastikan air sentiasa ada di hadapan anda serta bawa sentiasa sebotol air ketika bersukan atau bersenam. Jangan lupa untuk sentiasa minum air tersebut.

 

 

kebaikan air - ton body yang menarik

#4: Air Bantu Bina Ton & Jaga Kesihatan Otot

Dengan meminum air, ia akan bantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan fungsi sendi dalam tubuh.

Apabila tubuh kita cukup air, kita boleh melakukan senaman dalam tempoh yang lebih lama dan kadar lebih berat tanpa melukakan atau menyebabkan tisu otot terkoyak.

 

 

kebaikan air - menyerikan wajah

#5: Air Menyuburkan Kulit Kita

Sekiranya kita terhidrat, garis-garis halus dan kedutan pada kulit akan menjadi lebih ketara. Sebab tu air turut dikenali sebagai krim kecantikan semula jadi.

Meminum air mengekalkan kelembapan sel kulit dan menjadikan ia semakin gebu. Keadaan ini akan menyebabkan kita kelihatan lebih muda.

Air juga membantu menyingkirkan kekotoran serta meningkatkan aliran dan peredaran darah. Sekaligus menyebabkan kulit kita semakin berseri.

 

 

kebaikan air - elak sembelit

#6: Air Bantu Mengelakkan Sembelit

Bersama-sama serat, air adalah sangat penting untuk sistem pencernaan yang baik.

Air bantu melarutkan partikel sisa dan bantu membawanya keluar melalui salur penghadaman.

Jika tubuh kita terhidrat, badan akan menyerap semua air dan menyebabkan usus besar mengalami kekeringan. Keadaan ini menyebabkan usus besar sukar mengeluarkan bahan buangan dan sembelit akan terjadi.

 

keajaiban air untuk kurus dan sihat

 

#7: Air Mengurangkan Risiko Batu Karang

Kadar masalah batu karang yang menyakitkan semakin meningkat setiap hari. Salah satu puncanya kerana  golongan tersebut termasuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan air dalam tubuh.

Air mencairkan garam dan mineral di dalam air kencing kita. Jika kekurangan air, garam dan mineral tersebut akan membentuk hablur pepejal yang dikenali sebagai batu karang.

Baatu karang tidak boleh terbentuk di dalam air kencing yang dicairkan. Jadi minumlah banyak air untuk mencegah batu karang.

 

Itulah kita. Selama ni sering memandang remeh tentang kepentingan air. Dengan mengamalkan petua yang mudah lagi tersangat murah ni, hampir sebahagian besar masalah kesihatan boleh dielakkan.

Lepas ni jangan culas-culas lagi nak minum air tau. Banyak kelebihan air ni untuk kita. Tapi air kosong, bukan air manis ye 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “7 Kehebatan Air Yang Perlu Kita Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge