• Putrajaya, Malaysia
  • October 12, 2024

Orang kurus pun jarang bersenam, betul tak? Jadi senaman biasanya bukanlah menjadi satu keutamaan bagi orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti.

Senaman ni, walaupun hanya 30% sahaja daripada keseluruhan cara hidup yang sihat dan seimbang, namun ianya tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana senaman banyak mendatangkan manfaat untuk tubuh kita.

Berbalik kepada orang yang obes dan senaman pula, apabila nak turunkan berat badan, selain daripada menjaga pemakanan, senaman adalah perkara yang mesti dilakukan secara serentak.

 

tips kurus sihat

 

 

Cara Terbaik Memulakan Program Senaman Mudah

1) Tidak Terlalu Memilih Pakaian Senaman

Sebahagian daripada kita, asal jer nak bersenam, mulalah nak serba complete dari hujung rambut ke hujung kaki. Nak pakai topi, baju malah kasut ikut brand tertentu.

Terasa macam semangat lain macamlah konon-kononnya bila nak mula bersenam ni.

Tu semua tak penting, malah boleh menjadikan kita lebih membazir masa dan wang.

Pakai jer apa yang sesuai asal selesa dan sopan.

 

2) Senaman Bukan Dilakukan Setiap Hari

Punyalah bersemangat nak bersenam sampai ambil masa setiap hari. Sampai rasa macam terikat. Lepas tu stress. Akhirnya stop terus daripada bersenam.

Tak perlu macam tu.

Cukuplah bersenam 3-4 kali seminggu atau 2-3 kali dalam seminggu pun sudah memadai untuk orang yang baru nak bersenam ni.

 

3) Tempat Senaman Yang Sesuai

Sebenarnya, tempat senaman ni bergantung kepada keselesaan orang yang nak bersenam. Katakan nak berjalan kaki, kebanyakan daripada mereka yang obes akan berasa malu dan rendah diri nak lakukan senaman kat taman perumahan sendiri.

Jadi, pergilah ke taman perumahan sebelah atau yang berdekatan.

Tapi ni cadangan untuk permulaan jelah. Jangan diikutkan sangat. Kalau tak, sampai bila pun terus rasa rendah diri kan?

Yang paling baik, buat jer selamba ala-ala pekak badak. Yelah kan, orang buat perkara yang baik pun macam-macam orang lain suka nak ulas itu ini. Jadi kalau setakat orang sindir, perli-perli tu, anggap jer itu adalah asam garam dan sesuatu yang manis untuk dikenang nanti bila dah dapat berat badan idaman.

 

4) Lakukan Senaman Paling Ringkas

Untuk orang yang tidak pernah melakukan senaman, jangan sesekali terus melakukan senaman berat. Terus jogging satu taman atau melakukan senaman yang berintensiti tinggi (high intensity workout).

Nanti badan akan terkejut, malah sangat berisiko nak dapat kecederaan otot.

Melakukan senaman berjalan kaki adalah antara pilihan terbaik bagi orang yang obes. Badan pun tak terbeban dan mampu dilakukan dengan mudah.

Berjalan kaki 15-20 minit pun dah ok sangat untuk permulaan.

Nak berjalan kat mana ye?

Mana-manalah tempat yang kita suka. Kalau suka ke taman rekreasi, pergilah berjalan ke sana. Kalau yang jenis yang suka windows shopping,  berjalanlah ke pasaraya.

Boleh jer sambil jalan kaki tu nak dengar walkman ke, tengok hp ke tapi hati-hati, jangan langgar tiang atau masuk longkang plaks…hehe

Kalau ada geng yang suka berjalan kaki, lagi syok, sambil berborak tu, sedar-sedar eh, dah sejam dua dah berjalan kan?

Berjalan kaki merupakan salah satu senaman yang mampu membakar kalori secara santai tapi sangat berkesan tau.

 

5) Berjogging & Bersukan

Daripada berjalan tadi, jika badan dah boleh terima dan mampu melakukan aktiviti serta senaman yang lebih berat, bolehlah mula berjogging serta bermain sukan.

Jogging ni pun ikut kemampuan dulu. Sebabnya, berjogging ni memenatkan. Tapi lama kelamaan, ianya dapat meningkatkan stamina kita.

Kalau larat buat jogging dalam masa 5 minit, buatlah dalam tempoh ni dulu.

Bila penat berhenti. Jangan paksa diri. Nanti kalau paksa diri pun, memang akan tercedera.

Teruskan  buat 5 minit. Dah ok, tingkatkan masa secara berperingkat-peringkat iaitu naik kan kepada 7 minit, kemudia 10 minit dan seterusnya.

Selain daripada berjogging, boleh juga melakukan sukan dengan bermain bola keranjang, badminton, bola jaring, bola sepak atau sebarang sukan yang digemari. Lagi syok apabila banyak pilihan aktiviti untuk kita membakar kalori, kan?

 

6) Tidak Ada Masa Bersenam

Ada sesetengah daripada mereka yang nak turunkan berat badan ni selalu bagitau yang rutin harian mereka di pejabat atau di rumah terlalu pack. Macam busy memanjang jer.

Mudah saja, aktifkan diri kita. Pandai-pandai sesuaikan dengan tempat kerja atau di rumah.

Contohnya, parkinglah kenderaan yang agak jauh dari pintu masuk pejabat (asalkan datang awal ye!). Daripada guna lif, beralihlah kepada tangga. Daripada menelefon staf atau rakan sepejabat, berjalanlah ke meja mereka kalau perlukan apa-apa.

Kalau kat rumah pulak, rajin-rajinlah naik turun tangga, sebarang penggunaan remote control ditukar kepada manual.

 

7) Ativiti Bukan Senaman Mampu Membakar Kalori

Ada masanya tu, apabila datang perasaan agak bosan bersenam atau tiba-tiba cuaca tidak mengizinkan untuk bersenam, gantikanlah dengan aktiviti fizikal lain.

Boleh jer sapu sampah, kemas rumah, malah bermain dengan anak-anak pun merupakan antara aktiviti fizikal yang menarik. Bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

Apa yang paling penting adalah kemahuan yang tinggi serta konsisten untuk mencapai target. Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita sihat. Ini kerana kesihatan sangat bernilai dan tidak terbanding dengan wang ringgit.

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge