Vivix mengandungi kedua-dua resveratrol dan campuran proprietari fitonutrien. Gabungan fitonutrien ini menambahkan lagi sifat-sifat antioksidan yang kuat pada anggur Muscadine yang unik, yang mana telah dibuktikan menjadi 10x lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.
Untuk lebih mudah faham, yang paling diperlukan pada anggur Muscadine ni adalah kulit luarnya sahaja. Sebabnya, pada kulit luar anggur inilah terkandung Polifenol yang sangat tinggi. Polifenol ni agen pemangkin kepada Resveratrol untuk menjadi 10 kali lebih hebat daripada Resveratrol sahaja.
Mengapa Shaklee Memilih Anggur Muscadine?
Anggur Muscadine adalah salah satu daripada tumbuhan semulajadi yang paling jarang ditemui, anggur paling tahan lasak, dengan profil polifenol yang unik yang menawarkan pelbagai kebaikan untuk kesihatan.
Tidak seperti anggur lain, anggur Muscadine ni mempunyai kepekatan ellagitannins dan ellagic acid yang tinggi. Apabila digabungkan dengan polifenol lain dalam anggur Muscadine, ia menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat kuat.
Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang agak lasak. Profil fenolik (phenolic) nya yang unik memberi perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau, sementara anggur jenis lain lebih mudah rosak apabila berhadapan dengan situasi yang sama.
Anggur biasa mempunyai 19 pasang kromosom, manakala anggur Muscadine pula mempunyai 20 pasang kromosom. Ini menjadikan keadaan fitokimia (phytochemical) lebih hebat berbanding anggur biasa.
Mengapa Anggur Muscadine Unik?
Anggur Muscadine sangat unik dan istimewa kerana:-
- Muscadine mempunyai 6x resveratrol berbanding anggur merah biasa.
- Muscadine merupakan satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid.
- Muscadine mengandungi lebih tinggi serat berbanding nasi dan oat.
- Muscadine tinggi kandungan Quercetin – flavonoid yang sangat sihat.
- Tahap antioksidan Muscadine adalah 40x lebih tinggi daripada anggur merah biasa.
Di Manakah Anggur Muscadine Ditanam?
Muscadine (vits Rotundifolia) ditanam di seluruh Tenggara Amerika Syarikat yang mempunyai cuaca yang agak buruk dan tidak boleh dijangka. Disebabkan keaadaan cuaca sebeginilah menjadikan anggur Muscadine telah cenderung membiak dan berkembang lebih besar, lebih kuat dan mempunyai kulit yang lebih tebal daripada anggur biasa.
Sebiji anggur Muscadine ni boleh mencapai saiz sebiji bola golf dan harga anggur ini boleh mencecah sehingga RM 100 sebiji. RM 100 untuk sebiji tau, bukan segugus atau sekilogram.
Special kan anggur Muscadine ni? Patut pun Vivix sangat berharga dan sesuai untuk kesihatan menyeluruh. Apatah lagi untuk penyakit-penyakit kronik. Ni baru kisah anggur Muscadine, belum dibongkarkan 3 lagi bahan utama lain yang terdapat dalam Vivix iaitu Polygonum Cuspidatum, Europe Elderberries dan Purple Carrot.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Hallo Mba Ria…
Artikelnya sangat bermanfaat… 😀
Dari begitu banyaknya jenis anggur, ternyata untuk anggur jenis ini memiliki kandungan yang bermanfaat ya…
Salam,
Dedy Akas Website recently posted…Blog Pemanggil Para Sahabat Blogger
Salam Dedy,
Ye betul, sangat tinggi khasiat anggur muscadine ni
Mahal juga tu rm100 sebiji ya…
Kannn? Mau awetkan jer sebiji anggur tu, buat perhiasan…hehehe