• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Kita nak kurus, tapi terpaksa melalui program diet yang ketat. Pantang sana sini. Itu tak boleh makan, ini tak boleh sentuh. Rasa-rasanya boleh bertahan lama tak? Mesti stress kan?

 

 

Tips kurus dengan cepat

 

Meh saya nak kongsikan cara nak kurus, tapi masih boleh makan macam biasa. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diambil kira supaya misi kurus tanpa berlapar dicapai dengan jayanya.

 

1) Minum Banyak Air Kosong

Badan kita perlukan air untuk memproses kalori. Kalau kita kekurangan air (dehydrated), metabolisma akan menurun. Sebab tu air kosong sangat penting untuk bantu kita kurus. Kita disyorkan minum 8 gelas air atau 2-3 Liter air kosong sehari.

 

Untuk elak makan secara berlebihan, amalkan meminum air masak atau memakan buah-buahan yang tinggi kandungan air terlebih dahulu. Mesti bila dah rasa kenyang, nafsu makan pun akan kurang,ye tak?

 

2) Minuman Berais

Ais kosong ye. Bukannya air berais yang ditambah gula atau cream (susu pekat). Badan akan meningkatkan suhu tubuh agar air yang diminum menyamai suhu badan untuk diproses. Keadaan ini akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh. Sekaligus kadar pembakaran kalori turut bertambah.

 

3) Lebih Pengambilan Protein

Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah seperti daging merah, ayam tanpa kulit, sumber soya seperti tauhu, kekacang, telur sumber tenusu seperti susu rendah lemak.

 

4) Senaman Jogging/Aerobik

Senaman jogging atau aerobik akan membantu ermenurunkan berat badan secara sekeluruhan tubuh. Senaman jenis ini sangat bagus kerana ianya bantu meningkatkan metabolisma tubuh kita.

 

5) Makanan Pedas

Makanan yang pedas mengandungi badan kimia yang bantu meningkatkan metabolisma. Jadi makan pedas ni, lagi tinggilah kalori terbakar. Nampak gayanya, orang nogorilah lagi pantas nak kurus 😛

 

6) Makan Kerap

Ambil makan dalam portion yang kecil tetapi kerap. Snek sihat seperti buah-buahan atau kekecang yang diambil akan menyebabkan kita kurang makan sewaktu menu utama.

 

7) Minum Kopi

Kopi ni mengandungi kafein. Salah satu kebaikan kafein adalah bantu meningkatkan tenaga serta metabolisma badan kita. Cumanya, jarakkan pengambilannya dengan snek atau menu utama kerana kafein boleh menghalang penyerapan zat makanan.

 

8) Minum Teh Hijau

Kajian menunjukkan dengan meminum 4-5 cawan teh hijau sehari mampu membantu pembakaran kalori sebanyak 50 kalori sehari. Lebih kurang bersamaan kurang berat 2.3 KG setahun!

 

9) Bina Otot

Badan kita sebenarnya berterusan bakar kalori walaupun kita sedang berehat. Kadar metabolisma lebih tinggi pada orang yang berotot berbanding lemak walaupun mempunyai berat badan yang sama.

 

Setiap paun (1/2 KG) otot membakar 6 kalori, manakala setiap paun lemak pula membakar 2 kalori sehari.

 

10) Elakkan Crash Diet

Crash diet ni apabila kita hanya mengambil makanan kurang daripada 1000 kalori sehari. Berat badan boleh berkurangan tapi sebenarnya berlaku kemerosotan otot-otot tubuh. Diet yang ketat juga akan sebabkan kalori kurang dibakar.

 

Inilah punca berlakunya yo-yo diet. Salah satu kesan yo-yo diet ialah berat badan yang bertambah lebih berat daripada sebelum berdiet.

 

11) Amalkan Set Kurus Badan 3B

Walaupun anda makan seperti biasa, tapi kenalah pilih juga jenis makanan seperti no (3). Namun,  Set Kurus 3B  insha Allah boleh bantu anda untuk kuruskan badan tanpa berlapar.

 

Set Kurus 3B ni asas kepada proses untuk kurus. Sebabnya ia merangkumi proses lengkap untuk kurus iaitu Bakar – Buang – Bina.

IMG_1018.PNGp

 

Herblax atau Alfafa ni akan bantu tubuh menyahkan segala toksin daripada tubuh. Sebabnya, bila badan penuh toksin, tak payah kata vitamin, zat makanan daripada makanan yang kita makan pun, sukar nak diserap.

 

Lecithin atau Omega pula bertindak membakar lemak dalam tubuh. Lecithin bakar lemak di seluruh tubuh tapi di luar salur darah. Manakala Omega pula akan baker lemak di dalam salur darah.

 

ESP atau Cinch pula merupakan minuman berprotein. Kalau nak kurus, protein penting diambil dalam menu harian seperti nombor (3).

 

Cinch ni sangat istimewa sebab mengandungi Leucine. Leucine ni akan bantu bina otot yang sihat sekaligus mengelakkan kesan yo-yo diet.

 

Cinch Shake dan ESP ni sangat sesuai untuk anda yang nak kurus tapi tak mahu berlapar. Faktor Indeks Glisemik yang rendah membolehkan kita berasa kenyang dan bertenaga yang berpanjangan.

 

Kalau anda berminat nak mencuba Set Kurus 3B  sebagai usaha untuk kurus tanpa berlapar, hubungi saya segera tau 🙂

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Cara Kurus Tanpa Berlapar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge