• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Mengikut statistik penyakit diabetes atau kencing manis di Malaysia pada tahun 2013, terdapat seramai 3.6 juta pesakit diabetes telah dikenalpasti. Kalau sekarang ni? Mestilah lagi meningkat dan terus meningkat.

Setiap seorang daripada 5 orang dewasa dikesan telah mengidap diabetes.

Didapati juga sebanyak 52% rakyat Malaysia dewasa, iaitu yang berusia 18 tahun ke atas merupakan pesakit diabetes tanpa mereka menyedari (unaware) yang diri mereka adalah pengidap diabetes.

Memang menggerunkan.

Sebabnya penyakit diabetes ni bukanlah penyakit baharu yang berlaku kat Malaysia ni jer, malah melanda seluruh dunia.

Info ni kami dapat melalui kelas Telegram iReach yang dikendalikan oleh Dr. Nadia Abdul Kadir, Pegawai Perubatan daripada Kuala Terengganu.

 

 

Komplikasi Diabetes Yang Boleh Berlaku

 

 

suplemen bantu pesakit diabetes

Apabila seseorang tu telah disahkan mengidap diabetes, memang mereka perlu menghidupkan “alarm” untuk segera berjaga-jaga dan bertindak mengawal atau mengatasi masalah diabetes ni.

Kenapa pulak?

Sebabnya, diabetes menjadikan seseorang tu sangat berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman badan.

Sekiranya telah mempunyai diabetes dan pada masa yang sama tidak peka untuk mengawal kadar gula dalam darah, risiko masalah kesihatan yang boleh berlaku adalah terhadap mata (mata berisiko untuk buta), buah pinggang, penyakit jantung, strok serta masalah saraf, juga boleh membawa kepada pemotongan anggota badan seperti kaki.

Seram kan?

Malah, jangan tak tahu, menurut Dr. Nadia lagi, punca utama kegagalan buah pinggang sehingga menyebabkan terpaksa dialisis di Malaysia adalah diabetes.

 

Jenis-jenis Diabetes

1) Diabetes Type 1 (Genetik, Autoimmune – pankreas tak boleh hasilkan insulin)

2) Diabetes Type 2 (Insulin resistance/kerintangan insulin)

3) GDM (Diabetes semasa hamil)

 

 

Bagaimana Diabetes Type 2 (Diabetes Mellitus) Boleh Berlaku?

suplemen bantu pesakit diabetes

 

Setiap makanan yang kita makan (nasi, ikan, mee, buah dan sebagainya) akan masuk ke dalam badan dan akan ditukarkan menjadi gula yang bertindak sebagai sumber tenaga.

Untuk orang normal tanpa diabetes, makanan yang ditelan akan dicerna dan ditukarkan menjadi gula. Gula ni nanti akan diserap oleh tisu badan. Seterusnya, gula ni akan ditukar menjadi tenaga.

Jadi, tak ada gula yang berlebihan di dalam salur darah.

Sebaliknya, bagi pesakit diabetes, gula tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh tisu badan untuk ditukar kepada tenaga.

 

 

Bagaimana Berlakunya Kerintangan Insulin (Insulin Resistance)

 

Apabila makanan masuk ke dalam badan kita, pankreas akan menghasilkan insulin (sejenis hormon) untuk membantu gula daripada makanan masuk ke dalam tisu untuk memberi tenaga.

Nak senang nampak macam ni;

 

 

suplemen bantu pesakit diabetes

 

Setiap sel di dalam badan kita mempunyai pintu pagar.

Insulin pula merupakan kunci kepada pintu pagar untuk membolehkan gula masuk ke dalam sel.

Bagi pesakit diabetes tahap 2, pintu pagar pada sel diaorang tak boleh buka. Kiranya macam rosaklah pintu pagar tu.

Jadi kat sini, insulin tak dapat buka mangga yang terdapat pada pintu pagar sel.

Akibatnya gula daripada makanan tadi tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga.

Seterusnya, gula tadi akan berkeliaran di dalam salur darah dan pergi ke merata-rata bahagian tubuh badan pesakit.

Apabila kandungan gula ini menjadi terlalu banyak (chronic hyperglycemia stages), maka ia akan menyebabkan diabetes.

 

Tanda-tanda Awal Diabetes

 

 

suplemen bantu pesakit diabetes

 

1) Berat badan turun secara mendadak.

2) Terasa penat sangat tanpa sebab musabab

3) Mata menjadi kabur

4) Terasa sangat dahaga walaupun selepas minum air yang banyak

5) Selalu kerap nak ke tandas.

 

Apabila mendapati diri kita mempunyai simpom-simptom seperti di atas, ini bermakna kita dah terkena establish diabetes atau sudah mempunyai penyakit diabetes tersebut.

Jadi, apa yang perlu kita aim/target ialah untuk mengesan kehadiran diabetes ni pada peringkat awal lagi.

Diabetes ni boleh dikesan dengan cara melakukan pemeriksaaan kesihatan secara berkala.

Untuk orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas, pemeriksaan sekali setahun sudah memadai.

 

 

Cara Cegah Diabetes Tahap 2

Untuk mencegah diabetes tahap 2, kita perlu merujuk kepada sebab berlakunya diabetes tersebut.

Untuk kes diabetes tahap 2, puncanya, bukan disebabkan insulin yang kurang kerana insulin yang dihasilkan adalah mencukupi.

Maknanya, pankreas telah menghasilkan insulin seperti biasa, tapi sel badan pesakit tidak dapat mengenalpasti kehadiran insulin dengan cekap.

Keadaan ini berlaku akibat terjadinya rintangan insulin (insulin resistance).

Jadi, cara terbaik untuk mencegah diabetes tahap 2 ialah mengelakkan daripada perkara-perkara yang menyebabkan kerintangan insulin (insulin resistance) iaitu seperti:-

1) Obesiti/ Berat Badan Berlebihan – Kurangkan berat badan – dapatkan BMI yang ideal.

2) Gaya Hidup Sedentari (bermalas-malasan) – Selalu bersenam

3) Kurang Zat – Mengambil pemakanan yang cukup nutrisi.

 

Peranan Ubat Diabetes Masa Kini

Ubat yang dibekalkan kepada pesakit diabetes sebenarnya tidak membantu mengurangkan kerintangan insulin.

Ubat tersebut hanya bertindak membantu untuk tarik gula ke dalam sel serta membantu untuk memproses gula tersebut menjadi tenaga.

 

Suplemen Alternatif Bagi Pesakit Diabetes

Untuk membantu masalah diabetes ni secara alternatif, cubalah amalkan Set Kencing Manis mulai sekarang. Set Diabetes ni ni telah di”design”kan khas untuk pesakit diabetes terutamanya mereka yang betul-betul berpantang dan mengubah pola pemakanan secara total.

Set Diabetes terdiri daripada Vivix, ESP, VitaLea, GLA Complex, Omega Guard, Vitamin C dan Alfafa.

 

Boleh klik pada ikon dibawah jika ingin melakukan order Set Diabetes sendiri secara online:

 

cara buat pembelian vivix online

 

Apabila pesakit diabetes mula berpantang dengan mengelakkan makanan manis, makan nasi sikit, makan itu ini serba kurang, maka tubuh mereka akan kekurangan nutrisi.

Jadi Set Diabetes ini akan membantu pesakit diabetes untuk menampung lompong-lompong nutrisi yang berlaku.

Ini kerana, nutrisi yang mencukupi sangat membantu pesakit diabetes untuk mendapatkan bacaan gula dalam darah yang stabil.

 

 

Tak Larat Nak Telan Banyak Suplemen?

Ada sesetengah pesakit diabetes yang mempunyai penyakit lain dan telah dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat.

Memang selalunya, sampai tak larat nak telan ubat yang diberikan.

Jadi, bagaimana kalau nak pilih 1 jenis suplemen jer?

Cubalah berikhtiar dengan resveratrol di dalam Vivix.

 

 

suplemen bantu pesakit diabetes

 

Dapatkan 2 botol Vivix terus untuk kesan yang lebih efisyen.

Boleh order sendiri twinpak Vivix dengan klik pada ikon di bawah:-

cara buat pembelian vivix online

Boleh hubungi saya kalau nak lebih untung dengan whatapps di nombor 019-937 7380 atau klik terus pada pautan  https://goo.gl/JXQ3bC

Semoga asbab berikhtiar dengan Vivix, Allah izinkan agar masalah diabetes ini dapat diatasi dan dapat menjalani hidup dengan lebih baik.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Cegah Komplikasi Diabetes Daripada Terus Mengganas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge