• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Nak kurus, nak turunkan berat badan, mesti kene diet kan? Pasti ramai yang bersetuju dengan pendapat ni. Sebelum ni ada dibincangkan berkenaan diet ni. Diet yang dimaksudkan adalah diet yang sihat, bukan diet tak makan.

Jadi, Apakah Pilihan Diet Terbaik Untuk Bantu Kuruskan Badan?

Menurut pakar kecergasan Kevin Zahri, sebenarnya tidak ada sebarang diet terbaik yang tertentu. Ini kerana kita berbeza dari segi rasa (taste), keinginan (desire), objektif, keperluan (need), persekitaran dan budaya (culture).

Jadi, beliau nasihatkan supaya tidak sebarang-sebarang mengikuti mana-mana jenis diet (contohnya: low carb, low fat, high protein, fiber, no sugar).

 

bina dan cipta diet ikut keperluan diri sendiri

 

Bina atau cipta sendiri diet yang bersesuaian dengan diri kita melalui cara memahami fungsi setiap diet yang ada.

Kalau kita ikut jer sebarang diet yang dicadangkan, kita akan mengikutinya dalam tempoh yang lama. Sebaliknya kalau kita tahu bagaimana setiap diet tu berfungsi, maka kita boleh ambil dan amalkan mana-mana bahagian diet tersebut yang bersesuaian dengan diri kita.

Apabila kita memenuhi keperluan dan keinginan diet kita dengan berilmu, maka kita akan mencapai misi kurus dengan jayanya (reach your destiny).

 

Keajaiban Berdiet Akan Wujud?

Sebenarnya tiada sebarang keajaiban (magic) dalam proses nak turunkan berat badan ni.

Tiada juga sebarang rahsia untuk menurunkan berat badan atau berdiet.

Diet merangkumi proses menguruskan kalori dengan cara memanipulasi kalori yang masuk (jumlah makanan) dengan kalori yang keluar.

Proses ini juga berkait rapat dengan keinginan yang melampau terhadap makanan/rasa nak makan sangat (craving).

Sekiranya kita tak dapat nak kawal craving kita, jadi memang tak akan ada kaedah terbaik untuk mengawal jumlah makanan yang kita ambil.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge