Setiap kali datang bulan, mesti puan S mengalami pendarahan yang luar biasa banyak, serta mengalami sakit yang teramat sangat pada waktu tersebut. Selain daripada itu, beliau yang sudah 5 tahun berkahwin dengan encik K masih belum dikurniakan cahaya mata. Setelah dibuat pemeriksaan, rupa-rupanya beliau disahkan mengalami endometriosis.
Beliau memang rasa sedih sangat apabila setiap kali berkumpul dengan ahli keluarga, mesti soalan tentang zuriat akan ditujukan kepada beliau dan suami.
Walaupun pada peringkat awal, beliau masih terasa tenang, lama-kelamaan, beliau menjadi stress dan sering menangis di dalam bilik sorang-sorang. Mujur ada suami yang sering mententeramkan beliau.
Apa yang penting sekarang ni, mereka tidak berputus asa untuk berikhtiar mendapat zuriat dengan mencuba pelbagai cara untuk merawat penyakit endometriosis yang dialami oleh puan S ni.
Apakah Endometriosis?
Endometriosis merupakan lapisan paling dalam uterus iaitu endometrium yang berdarah setiap bulan tu telah tumbuh di tempat lain seperti di tiub fallopio, ovari, usus, pundi kencing, tulang belakang dan sebagainya.
Ini bermakna, tempat-tempat lain yang terlibat pun akan berdarah setiap kali period dan rasa sakit yang dialami sama macam sakit senggugut juga lah.
Senggugut kan biasa terasa kat bahagian sekitar uterus kan, kalau tisu endometrium ni tumbuh kat usus, bahagian usus tu akan sakit dan berdarah macam kat bahagian uterus tadi jugalah.
Punca Berlakunya Endometriosis
Sebab sebenar terjadinya endometriosis masih tidak diketahui, namun, terdapat beberapa teori yang ditimbulkan oleh sains. Antara teori yang popular ialah:
1) Semulajadi
Seseorang itu memang dilahirkan dengan tisu endometrrium di tempat lain. Tunggu haid pertama sahaja untuk penyakit ini menunjukkan belang.
2) Retrograde Menstuation
Pembalikan Haid.
Darah haid yang sepatutnya mengalir keluar badan melalui faraj, telah mengalir ke belakang melalui tiub fallopio.
Kalau nak tahu, tiub fallopio ni merupakan tiub yang terbuka. Maksudnya, terdapat 3 pintu untuk darah haid mengalir. Darah haid yang mengalir ke belakang tu akan mengubah tisu pada organ lain berkenaan menjadi macam lapisan endometrium.
Menurut teori ini, keadaan ini selalunya terjadi jika darah haid tidak turun dengan lancar akibat pintu rahim yang sempit atau posisi rahim yang luar biasa.
Namun begitu, banyak kajian membuktikan yang endometriosis dan retrograde menstruation juga berlaku kepada wanita yang mempunyai rahim yang normal.
3) Sel Merebak
Sel-sel endometrium merebak ke organ lain seperti sel kanser.
4) Radikal Bebas
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa radikal bebas turut terlibat dalam perkembangan tisu endometriosis dalam badan.
Simptom-simptom Endometriosis
1) Pendarahan berlebihan semasa haid.
2) Kencing berdarah/berak berdarah
3) Tidak subur
4) Sakit belakang semasa haid.
5) Sakit semasa hubungan seks
6) Endometrioma iaitu terbentuk dinding yang kumpul darah.
5% endometriosis didapati berisiko menjadi kanser.
Jadi, sekiranya kita mendapati diri kita mempunyai simptom-simptom endometriosis seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan selanjutnya.
Baca juga Cara Rawat Endometriosis Secara Semulajadi
Sekurang-kurangnya, apabila diri kita disahkan endometriosis, penyakit ini dapat dirawat dengan segera. Peluang untuk menimang cahaya mata seperti yang dihajatkan oleh pasangan puan S dan encik K akan menjadi lebih cerah.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144