• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Sebagaimana kepentingan protein untuk keperluan-keperluan kesihatan yang lain, protein juga amat penting bagi ibu yang sedang mengandung. Protein ini bukan sahaja bermanfaat kepada ibu hamil, malah kepada bayi di dalam kandungan juga.

 

ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung

Shaklee menawarkan ESP yang kaya dengan kandungan protein yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

 

Kepentingan Protein Soya Kepada Ibu Mengandung

 

#1: Menguatkan Rahim

Protein sangat penting dalam penghasilan sel-sel yang sihat sekaligus membina otot-otot yang sihat dan kuat. Ini sekaligus mengelakkan risiko keguguran di kalangan ibu mengandung.

Berikut merupakan testimoni ESP Shaklee:-

 

Testimoni Ibu Hamil - ESP Shaklee

 

#2: Mengelakkan dan Mengawal Pre-Eclampsia (darah tinggi ketika mengandung).

Menurut Dr. Andrew Weil, pecahan keperluan makanan ibu hamil perlu terdiri daripada 50-60 peratus kalori daripada karbohidrat , 30% daripada lemak, 10-20 peratus daripada protein (sebaik-baiknya soya penuh atau ikan).

 

#3: Mengelakkan dan Mengawal Gestational Diabetes Mellitus (GDM – kencing manis sewaktu mengandung)

ESP mengandungi Indeks Glisemik yang rendah. Faktor inilah yang membantu kadar gula dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam darah ibu.

Apabila kandungan gula di dalam darah adalah terkawal, maka pengidap GDM berkemungkinan besar dapat dielakkan atau paras gula berada di dalam bacaan yang stabil.

 

#4: Memberi Tenaga Yang Berpanjangan

Hal ini berkaitan juga dengan faktor Indeks Glisemik yang rendah, apabila gula dilepaskan di dalam darah secara perlahan-lahan, maka gula yang ditukarkan menjadi tenaga akan sentiasa dibekalkan untuk tubuh secara berterusan.

Hasilnya, para ibu akan mendapati mereka rasa bertenaga lebih lama berbanding sebelum pengambilan ESP.

 

#5: Kecantikan

Bonus!!! Ini adalah bonus yang paling disukai oleh semua terutamanya wanita. Disebabkan ESP ini adalah protein, dan protein bertindak membentuk sel-sel yang sihat, secara tidak langsung para ibu akan dapati kulit mereka menjadi semakin cantik.

Selain daripada itu, masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat, jeragat dan kulit kusam semakin berkurangan. Bonus yang lagi best ialah kulit menjadi semakin anjal, rambut dan kuku semakin sihat, kuat dan berkilat serta tapak kaki yang merekah beransur kurang.

 

#6: Mengelakkan Rasa Lapar

Ibu yang mengandung biasanya mudah mengalami rasa lapar secara tiba-tiba dan sukar dikawal. Dengan pengambilan ESP, para ibu akan berasa kenyang lebih lama. Lagipun, ESP boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan snack yang sihat.

 

#7: Meningkatkan Imuniti Ibu

Protein seperti antibodi merupakan sebahagian daripada sistem imuniti badan.

 

Kepentingan Protein Soya Kepada Ibu Mengandung

 

#1: Membantu Pembentukan Janin Sempurna

Protein merupakan komponen asas pembinaan sel yang membawa kepada satu sistem tubuh yang lengkap. Prosesnya ialah Sel > Tisu > Organ > Sistem > Tubuh.

Sumber protein yang mencukupi sangat penting bagi membolehkan proses tersebut berlaku dengan sempurna dan mengelakkan kecacatan pancaindera dan organ.

Selain daripada itu, protein juga membantu mengelakkan berlakunya jantung berlubang. Jantung merupakan organ utama yang bertugas untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.

Apabila jantung bermasalah, ia boleh mengakibatkan timbul pula masalah-masalah kesihatan yang lain kepada bayi.

 

#2: Membantu Perkembangan Otak Bayi

Otak juga dibentuk daripada sel. Sel pula dibentuk oleh protein. Maka pemilihan protein dari sumber yang paling berkualiti akan mempengaruhi perkembangan otak bayi anda.

 

#3: Meningkatkan Imuniti Bayi

Ibu yang mempunyai daya imuniti yang tinggi akan menyalurkannya kepada bayi di dalam kandungan.

 

Sebenarnya, kalau lagi dikupas semakin mendalam, lagi banyak kebaikan protein soya yang bakal ditemui. Info yang diperolehi ini juga boleh dijadikan panduan untuk pemilihan produk yang betul-betul berkualiti, semulajadi, selamat, berkesan, tulen, bebas lemak dan kolestrol serta mesra alam.

 

esp energizing soy protein shaklee

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP bagi melengkapkan Set Kehamilan anda, bolehlah menghubungi saya.

 

Terima kasih :)

 

Shaklee Independent Distributor

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge