Keletihan adalah perkara yang sering di hadapi oleh golongan lelaki mahupun wanita. Apatah lagi dengan gaya hidup moden yang serba pantas ini. Banyak faktor yang mempengaruhi rasa letih yang dialami.
Punca-punca Keletihan
Di antara punca berlakunya keletihan ialah:-
#1: Tidur Kurang Berkualiti/Tidak Lena
Ramai di kalangan kita yang tidak dapat tidur yang benar-benar berkualiti akibat gaya hidup masa sekarang. Bekerja sehingga larut malam dan pekerjaan syif juga menjadi punca keletihan.
#2: Dehidrasi (Kekeringan Air Dalam Badan)
Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, ini boleh menganggu dan melembapkan daya tumpuan dan mental. Seterusnya mengakibatkan badan terasa lemah dan letih.
Justeru itu, sekiranya berasa letih dan tidak mampu berfikir dengan baik, segeralah minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.
#3: Kekurangan Zat Besi (Iron)
Zat Besi merupakan antara unsur mineral penting yang berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Kekurangan zat besi akan menganggu fungsi normal tubuh dan menyebabkan anda mudah berasa letih.
#4: Aktiviti Berlebihan
Sekiranya jadual seharian anda sentiasa padat dan memerlukan anda terlibat dengan perbincangan serta pergerakan yang kerap, anda akan mengalami keletihan mental dan fizikal.
Melakukan aktiviti sukan secara berlebihan juga boleh mendatangkan keletihan otot.
#5: Keadaan Kesihatan
Keletihan juga boleh menjadi gambaran awal penyakit yang dihidapi. Di antanya ialah kanser, penyakit autoimun, penyakit berkaitan kardiovaskular, penghadaman, penyakit hati dan sebagainya.
Wanita mengandung juga sering mengalami keletihan.
#6: Stress
Stress dan kemurungan akan menyebabkan seseorang mudah berasa letih. Bukan sekadar letih fizikal, malah letih mental.
#7: Ubat-ubatan
Terdapat beberapa jenis ubat sintetik yang mendatangkan rasa letih sebagai kesan sampingannya. Sebagai contoh ialah ubat yang bersifat anti-depresi serta ubat yang menghalang beta seperti ubat darah tinggi dan ubat migrain.
Tips Atasi Keletihan
#1: Tidur Yang Berkualiti
Pastikan anda mempunyai jadual tidur yang tetap. Kosongankan minda sebelum tidur.
#2: Bersenam
Bersenam secara konsisten dapat mengurangkan faktor keletihan berpanjangan. Badan yang cergas menjadikan anda berasa ringan tubuh dan segar, malah turut memberi kesan mood yang lebih ceria.
#3: Atasi Stress
Stress dapat diatasi sekiranya anda sentiasa berfikir secara positif di samping redha dengan ketentuan Tuhan yang tidak boleh anda ubah.
#4: Air Kosong
Pastikan rutin harian anda untuk mengambil air kosong sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.
#5: Diet Harian
Pengambilan makanan yang sihat dan berzat akan membantu anda mempunyai tubuh yang sihat dan cergas. Selain daripada itu, elak atau kurangkan pengambilan kafein terutama sebelum tidur serta amalkan supplement untuk menampung kekurangan nutrisi badan anda.
Bagaimana ESP Shaklee Membantu Anda Kekal Bertenaga?
ESP Shaklee merupakan salah satu supplement yang membantu anda mendapat tenaga yang berpanjangan.
Faktor indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, membolehkan gula yang ditukarkan kepada tenaga di dalam darah dilepaskan secara perlahan-lahan. Justeru itu, anda akan dapati bahawa, rasa segar dan bertenaga lebih lama berbanding sebelum pengambilan ESP.
Bonusnya, anda turut berasa kenyang dan cergas sekaligus boleh mempengaruhi mood anda.
Berbanding dengan pengambilan karbohidrat, gula akan dilepaskan secara mendadak dalam waktu yang singkat. Inilah punca anda mudah letih dan rasa lapar kembali dengan lebih cepat.
Bacaaan indeks glisemik:-
GI tinggi – 70 dan keatas
GI sederhana – 56 – 69
GI rendah – 55 dan kebawah
Faktor GI ini juga merendahkan risiko diabetes dan paras kolestrol sekaligus bagus untuk mereka yang ingin kurus kerana ESP memberikan rasa kenyang yang berterusan.
BONUS Mac 2014 Sahaja!!!
Dengan setiap pembelian 2 canister ESP, anda layak mendapat eBook istimewa daripada saya.
Nota: Bulan Mac ini adalah bulan buat duit dengan ESP. Nak tahu caranya, boleh PM/WhatApps saya 🙂
Sekiranya anda berminat untuk mencuba ESP ini sebagai produk yang membantu rasa letih anda serta mendapatkan kesan sampingan lain yang positif, boleh hubungi saya segera.
Terima kasih
bagus perkongsian ini.. kakak dan anak sudara aiza pun mengambil supplement soy protein isolate powder dari shaklee untuk memberi tenaga.. kata kakak aiza, kesan sampingan dari supplement ini adalah jeragat di mukanya sudah pudar dan kulitnya menjadi lembut.. memang terbukti berkesan kepada kakak aiza..
Mizz Aiza recently posted…Kembalikan Semangat Berblog
Wahh, teruja plak dengar testimoni kakak aiza tu, mmg esp sgt mempengaruhi kulit 🙂
tambah2 umur makin meningkat kan!
D_08 recently posted…Hutan Lipur Kuala Woh,Tapah
Itu sudah pasti 🙂
keadaan cuaca yang semakin panas sekarang ni, memang ramai yang mengadu cepat letih
puteri kasih recently posted…CPUV Nuffnang #4 – University Of London
Betul tu puteri, ramai terhidrat, so air masak kene banyak minum
Saya punya teman yang hobinya main malam, apa kemungkinan juga bisa kena keputihan ? jika dijawab saya berterimakasih
Ihsanarena recently posted…Harga Samsung Galaxy A7 2017 dan Spesifikasi Lengkap Terbaru
Minta maaf, tak berapa faham apa yang dimaksudkan.