• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Elderberi Eropah banyak dijadikan sebagai alternatif utama untuk meningkatkan kesihatan jantung, meningkatkan sistem imun, untuk batuk dan selsema, jangkitan bakteria dan virus serta tonsillitis, memperbaiki penglihatan dan mengurangkan kolestrol.

 

europe elderberry

 

Jus elderberi juga telah digunakan untuk merawat wabak selsema di Panama pada tahun 1995.

Elderberi telah dijadikan sebagai ubat tradisional selama berabad-abad di Afrika Utara, Asia Barat, Eropah dan Amerika Utara.

Bioflvonoids dan protein lain di dalam jus elderberi mampu memusnahkan keupayaan virus sejuk dan selsema daripada menjangkiti sel. Individu yang mengalami selsema yang mengambil jus elderberi akan mendapati simptom selsema semakin berkurang dan rasa lebih baik yang lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

 

 

Kandungan Elderberi Eropah

Elderberi mengandungi pigmen organik, tannin, asid amino, kerotenoid, flavonoid, gula, rutin, asid viburnic, vitamin A, dan B serta sejumlah besar vitamin C.

Ia juga turut mengandungi sedikit julap, diuretik dan diaforetik.

Menurut ujian kajian yang telah dijalankan, tiub flavonoid ini termasuklah antosianin iaitu antioksidan yang kuat dan melindungi sel-sel daripada rosak.

 

 

europe elderberry

 

 

Manfaat Elderberi Eropah

Elderberi telah disenaraikan dalam CRC Handbook of Medical Herbs seawal tahun 1985, dan tersenarai dalam 2000 Mosby’s Nursing Drug yang merujuk kepada penyakit selsema, hidung dan kesesakan dada, jangkitan yis, dan demam alergi.

Onkologi Lab Hasassah telah menetapkan bahawa elderberi merangsang sistem imun badan dan dapat merawat kanser serta pesakit AIDS dengannya.

Pelbagai manfaat yang didapati daripada elderberi ni baik dari segi selsema, asthma, kencing manis sehinggalah kepada masalah berat badan.

Pusat Penyelidikan Bund Forschungsanstalt untuk makanan di Karlsruhe, Jerman, ahli-ahli sains menjalankan kajian ke atas elderberi menunjukkan antosianin elderberi meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan pengeluaran sitokin (cytokines).

Sitokin adalah protein yang unik bertindak sebagai penghubung (utusan/messager) dalam sistem imun untuk membantu mengawal tindak balas imun. Dengan itu, ia dapat membantu untuk mempertahankan badan daripada penyakit.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa antosianin yang dijumpai di dalam elderberi mempunyai kapasiti antioksidan yang lebih tinggi berbanding vitamin C dan vitamin E.

Kajian di Universiti Austria Graz mendapati ektrak elderberi mengurangkan pengoksidaan kolestrol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol jahat.

Pengoksidaan kolestrol LDL yang terbabit di dalam atherogenesis, sekaligus menjadi penyumbang kepada penyakit kardiovaskular.

 

Di Mana Nak Dapatkan Khasiat Elderberi Eropah

 

europe elderberry

 

Elderberi Eropah ni boleh didapati di dalam Vivix. Ia menjadi salah satu daripada bahan utama dan ekslusif Vivix selain daripada anggur muscadine, lobak ungu dan polygonum cuspidatum. Jadi tidak hairanlah kenapa Vivix ni sangat bagus untuk kesihatan terutama dalam mencegah dan membantu pesakit kronik seperti kanser, jantung, diabetes, darah tinggi, strok, athritis dan sebagainya.

 

Hubungi saya kalau nak tahu pasal Vivix ye 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Khasiat & Manfaat Elderberi Eropah Untuk Kesihatan

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge