• Putrajaya, Malaysia
  • May 3, 2024

Apabila telah disahkan mengidap kencing manis, antara perkara utama yang perlu dititkberatkan oleh pesakit ialah penjagaan pemakanan selain daripada mengelakkan terluka atau memastikan luka segera sembuh atau kering. Penjagaan diet bagi pesakit kencing manis ni sangat penting agar bacaan gula dalam darah terkawal dan tidak menyebabkan penyakit kencing manis ni semakin parah.

Makanan bagi pesakit kencing manis perlulah seimbang, berzat serta asli. Makanan tersebut haruslah bersifat ‘wholefood’ iaitu tidak diproses secara kimia, ‘refined’ ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan.

Makanan ini mempunyai indeks glisemik yang rendah di mana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

 

Makanan Yang Disyorkan Kepada Pengidap Diabetes

Makanan yang digilakkan kepada pesakit kencing manis adalah seperti berikut:-

 

1) Bijirin Penuh

Bijirin penuh atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks yang penuh khasiat dalam pemakanan. Contohnya beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam

 

2) Sumber Protein

Contoh sumber protein sihat ialah ayam kampung, ikan yang tidak gatal dan bisa seperti (tenggiri, merah, selar, siakap, jenahak, selayang, tamban, kerisi bagi sesetengah orang), telur ayam kampung (2 biji seminggu).

 

3) Buah

Buah-buahan yang disyorkan kepada pesakit diabetes ialah jambu batu/air, pear, pic, anggur, epal, delima, betik, oren

 

4) Kekacang

Kekacang seperti kacang kuda, kacang tanah, kacang hijau, kacang buncis, kacang panjang

 

5) Sayur & Ulaman

Sayur-sayuran serta ulam-ulaman yang digalakkan pula ialah kobis, bunga kobis, brokoli, sawi, taugeh, kacang pea, bayam, timun, kangkung, pegaga, peria, kailan, ulam raja, daun sup/saderi, daun ketumbar, daun dan buah merunggai/kelo.

 

6) Produk Tenusu

Jenis-jenis susu yang elok untuk pesakit diabetes pula ialah susu kambing, susu lembu segar, pasteur, steril, susu tepung penuh krim asli (contohnya Fernleaf 1 cawan sehari atau selang sehari), keju – sebagai gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak/skim.

 

7) Gula & Manisan

Gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar cane), gula organik, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu lebah asli – sebagai gantian gula pasir putih dan susu pekat manis.

 

8) Minyak & Lemak

Di antara minyak dan lemak pula ialah minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli (sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen seperti marjerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa.

Sekiranya pesakit diabetes turut mengalami masalah darah/kolestrol tinggi, kurangkan pengambilan lemak.

 

Catatan: Bagi makanan bernombor 6, 7 dan 8, memandailah dengan mengambil sedikit sahaja sekadar untuk memberi khasiat tenaga, vitamin dan mineral kepada tubuh.

 

Mengambil Suplemen Untuk Pengawalan Gula Dalam Darah

Suplemen atau makanan tambahan yang semulajadi seperti Vivix boleh diamalkan oleh pesakit kencing manis di samping 8 jenis makanan di atas.

 

 

diabetic diet

 

Vivix mengandungi resveratrol yang bertindak membantu menurunkan sekaligus mengawal paras gula dalam darah agar berada pada tahap normal dan sihat. Jadi Vivix ni sangat sesuai untuk pengidap diabetes.

 

diabetic diet

 

diabetic diet

 

diabetic diet

 

diabetic diet

Bagi yang belum mempunyai sebarang petanda penyakit kencing manis, langkah berjaga-jaga perlulah diambil dengan menitikberatkan diet dan cara hidup yang sihat. Tapi kalau ada yang mak ayah atau ahli keluarga yang dah kene diabetes ni, baik lipat gandakan lagi penjagaan tu. Nak-nak kalau dah beransur remaja dewasa 😛

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

9 thoughts on “Makanan Yang Digalakkan Bagi Pesakit Kencing Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge