• Putrajaya, Malaysia
  • April 20, 2024

Nasi lemak ni memang evergreen punya makanan. Pergi mana-mana pun mesti tak boleh tinggal. Kalau lama tak makan, mesti nak pekena jugak. Boleh kalah mengidam orang tengah mengandung…hehehe

 

 

Cara Buat Nasi Lemak Simple dan Mudah

 

Kalau diikutkan pelbagai resipi nasi lemak yang boleh diambil kat internet ni. Kalini saya nak berkongsi resipi nasi lemak yang simple jer tapi pada tekak saya ni, okelah, sehari suntuk pun boleh layan 😛

 

 

Resipi Nasi Lemak Simple & Sedap

 

Bahan-bahan Nasi Lemak

3 pot beras (saya guna beras basmathi)
4 pot campuran santan dan air tapis
1/2 inci halia yang dihiris
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

 

Bahan-bahan Sambal Nasi Lemak

Minyak untuk menumis

Cili kering kisar/cili boh
Bawang besar merah/bawang kecil merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bilis
Gula melaka
Garam jika perlu

 

Bahan-bahan Lain

Hirisan timun
Telur rebus/telur goreng mata

 

Cara-cara Buat Nasi Lemak Simple & Enak

Basuh beras seperti biasa
Sukat air bersama santan, lebihkan campuran air dan santan jika menggunakan beras jenis keras seperti basmathi.
Masukkan hirisan halia
Masukkan daun pandan yang dicarik-carik seterusnya disimpulkan
Masukkan garam
Gaul perlahan setelah masak

 

Cara Sediakan Sambal Nasi Lemak

Panaskan minyak
Tumis bawang dan cili kisar sehingga garing
Masukkan sedikit air
Masukkan bilis
Masukkan gula melaka
Jangan letak garam dahulu, sekiranya perlu, baru tambah garam

 

Tips Sambal Nasi Lemak Yang Sedap

Jika anda ingin menggoreng asing bilis, masa kisar cili atau bawang, boleh masukkan sedikit bilis untuk beri rasa yang lebih enak pada sambal.

Biarkan sambal kering dengan api yang kecil, lagi lama, lagi best. Boleh tambah sedikit air jika sambal terlalu kering

Tambah bahan-bahan lain seperti timun dan telur rebus/goreng. Kalau suka, boleh tambah kacang tanah goreng, ayam berempah dan macam-macam lagi.

 

Selamat mencuba!

 

Ingin order produk Shaklee atau mendaftar ahli Shaklee?

 

Hubungi saya sekarang 🙂

 

Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Nasi Lemak Simple Yang Enak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge