• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Bagi yang dah berkahwin tu mesti tak dapat lupakan kenangan sewaktu bergelar pengantin baru kan? Tu mesti dah senyum sampai ke telinga dah tu 😛

 

Bagi yang bakal bergelar pengantin baru pula sudah pasti sedang kelam kabut membuat persiapan yang macam tak habis-habis tu kan?

 

 

pesanan buat suami isteri_husband-wife1

 

Perkahwinan ialah satu ikatan di antara wanita dan lelaki yang bukan sahaja mempunyai perbezaan fizikal, malah emosi dan kecenderungan.

 

Di dalam sesebuah perkahwinan, persefahaman dan kepercayaan serta bertolak-ansur menjadi antara kunci kebahagiaannya.

 

Usah diharapkan keindahan seperti zaman bercinta atau kisah-kisah mempersona garapan novel kerana tanggungjawa menjadi antara tonggak utama sebuah perkahwinan. Apatah lagi jika telah dikurniakan zuriat.

 

Teringat saya pesanan arwah ayah sewaktu detik-detik sebelum kami terbang ke perantauan. Suami saya rasa sangat bersalah apabila saya perlu mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikut beliau ke luar negara.

 

Beliau juga tidak mahu saya korbankan kerjaya saya kerana ayah saya telah bersusah payah menghantar saya belajar sehingga ke peringkat universiti.

 

Ucapan ringkas arwah ayahanda:-

Jangan disebut pasal belajar, dah jadi tanggungjawab chek (panggilan untuk arwah ayah) untuk hantar anak-anak belajar. Apa yang penting, sebagai suami isteri, sekiranya timbul sebarang isu, berbincang dan buatlah keputusan bersama.

 

Inilah pesanan yang menjadi antara azimat hidup yang kami pegang sehingga sekarang.

 

Terima kasih chek, memori bersama chek sentiasa hidup bersama kami.

 

Kami beruntung berayahkan lelaki hebat dan luar biasa seperti chek.

 

Al-Fatihah

 

Terima kasih 🙂

 

Shaklee Independent Distributor

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Pesanan Buat Suami Isteri dan Bakal Pengantin

  1. Untuk mengekalkan hubungan suami isteri sehingga ke akhir hayat, sifat saling bertolak ansur perlu sentiasa diamalkan dari masa ke semasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge