• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Stress ni banyak jenis dan puncanya. Siapa-siapa pun boleh jadi stress.

Kalau saya, memang sedikit stress kalau rumah agak bersepah (walaupun kalau kemas, takdelah macam kat hotel..hihi), lepas tu tiba-tiba ada tetamu datang mengejut.

Bukan tak suka tetamu datang sebab tetamu tu adalah rahmat dari Allah, tapi kalau yang tak biasa, segan jugak.

Kene pulak, kebetulan time orang tu terjah, rumah macam tongkang pecah…hehe

So, apa saya buat??

Tarik nafas panjang, cuba bertenang.

Takpelah kalau kebetulan rumah sepah ada orang datang. Kene belajar terima keadaan tu. Takkan tak nak bagi tamu masuk kot ??

Beringat, takpelah anak-anak sepahkan rumah, tu tanda diaorang sihat, cergas.

Ajak diaorang gotong-royong. Sambil kemas, sambil nyanyi lagi “Lets Clean Up” cam dalam Ya Gabba Gabba cerita favorite Kashful masa kecil.

Dengan ada baby, kalau tak sempat kemas semua, buat separuh-separuh dulu.

Selalu ingatkan anak-anak untuk sentiasa simpan mainan setiap kali lepas main dan buang sampah dalam tong salam.

Walaupun rasa macam berbuih dah mulut, aisshhh, tapi jangan harapkan result segera.

Banyak result tu dapat kita kesan time yang tak disangka-sangka. Contohnya, kalau diaorang jumpa sampah atau nak buang sampah macam plastik aiskrim diaorang kat luar, melilau cari tong sampah.

Lepas dapat buang tu, macam satu kebanggan pulak, nak-nak hero nombor 2 😀. So pujilah sikit anak-anak atas sikap menjaga kebersihan tu.

Nanti, kat rumah pun, rajin jer kalau mintak tolong buang sampah. Ada masa tu sampai berebut-rebut.

Hidup ni singkat je. Jangan stress-stress atau sebabkan orang lain stress akibat tindakan atau perkataan kita terutamanya pasangan dan anak-anak, keluarga tersayang.

Nak lagi mudah, amalkan B Complex setiap hari. Hilangkan stress secara semulajadi.

Nota: Kene start buang atau derma atau jual barang yang tak pakai, kecuali Corelle dan Noritake nih…kiki

 

 

tips-hilang-stress-rumah-bersepah

 

 

#tsunamishaklee

#8cellent

#daretodreams

#myliferia

#bisnesdarirumah

#whatapps_0199377380

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “PTS; Tips Hilangkan Stress Rumah Bersepah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge