Apakah best dan istimewanya nombor 7 ni? Rasanya banyak perkara yang agak sinonim dengan angka 7. 7 Wonders In The Word tu pun best. NTV7? Opppss! Saya jarang tengok TV…hehe. Nak tahu apa kaitan angka 7 dengan tahun 2015 ni dalam hidup saya?
Alhamdulillah, semalam genap 7 tahun ulang tahun perkahwinan saya bersama dengan insan yang banyak mengajar selok-belok kehidupan.
Terimbau kembali detik-detik bakal menamatkan zaman bujang dulu. Kalau zaman remaja, takleh nak share kat sini, karang jadi novel plak..ahakss!!!
Dipendekkan cerita, kami bertunang pada bulan Disember 2007. Plannya nak bernikah pada Ogos 2008. Tapi, nak dijadikan kisah hidup, pernikahan perlu diawalkan sebab bakal suami masa tu dipanggil bertugas ke luar negara.
Dapat tahu awal tahun yang beliau perlu bertugas ke US pada bulan April. Kitaorang bernikah pada 28 Mac 2008. Tapi disebabkan pemprosesan dokumen mengambil sedikit masa, jadi kami terbang ke US pada 28 Mei 2008.
Macam tak cukup kaki tangan. Tayar kereta yang 4 tu pun rasa nak kene tambah lagi…haha
Boleh bayangkan tak bagaimana kelam-kabut persiapan yang kena buat? Hampir setiap minggu balik kampung termasuk nak pergi mengundi. Sempat lagi tu…hehehe…tanggungjawab harus dilaksanakan, ya tak? Bangga sekejap jadi rakyat Malaysia 🙂
Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bunga telur saya ada buat sikit-sikit sebelum ni. Ada gak dalam 450 kuntum lebih gitu. Lepas tu saya ada jahit 3 helai gak baju lace walaupun cikgu jahit saya sponsor baju songket untuk hari kahwin. Sehelai baju lace buat untuk majlis bertunang.
Terharunya tu, beliau simpan khas baju songket tu untuk saya. Saya jadi perasmi baju tu. Beliau tak sewakan pun baju tu untuk orang lain.
Sehari sebelum majlis, beliau sponsor pakaian beragam termasuk Cheongsam, Gagra, Mexico, tapi tak dapat nak tayang sebab tak cukup syarat…kikiki. Posing pun sorang-sorang jer sebab status tak rasmi lagi kan. 😛
Berbalik pasal persiapan kahwin, tu tak termasuk cadar, tabir pengantin, tabir dinding, bunga tangan, bunga katil, bunga hiasan, bunga pahar yang cikgu jahit merangkap jiran saya yang ajarkan.
Beliau pesan, walau takde calon suami pun, buat jer sikit-sikit, nanti tak mendadak terkejut.
Alhamdulillah, berkat mendengar nasihat orang yang sangat berpengalaman, majlis perkahwinan kami berjalan lancar. Sederhana tapi tetap meriah. Macam dah buat persiapan yang agak lama jer 🙂
Terima kasih ma chek sekeluarga, mak cik Dah, Kak Su, Kak Ma dan semua yang banyak menolong sebelum dan sepanjang majlis yang penuh bermakna dalam diari hidupku.
Arwah ayah dan pengalaman di US adalah detik yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini. Sungguh bermakna.
Syukur, kini rumahtangga kami diserikan dengan kehadiran 2 orang permata hati yang sihat, cergas dan ceria sentiasa.
Semoga Allah memberkati rumahtangga dan kehidupan kami. Semoga rahmat dan petunjuk-Nya sentiasa. Juga buat kalian yang setia mengunjungi myliferia.
Walaupun jadi macam Ms Sotong (ni kes nak kene buat banyak kerja) macam dalam video kat bawah, tapi saya happy dan bersyukur dengan kehidupan sekarang.
Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
nampaknya angka 7 begitu dekat di hati
JARI MANIS recently posted…Orang KOREA baca blog Jari Manis?
Betul betul betul, pada tarikh ni juga anak yang 2 tahun lebih dah stop sepenuhnya bf. Allah sangat baik, mendengar doa hamba-Nya 🙂
gua baru nak masuk satu.
mudah-mudahan bini takde pape masa bersalin nanti..
titan recently posted…Panduan dan Cara Buat Bisnes Burger yang BETUL.
Aameen, semoga Allah permudahkan dan beri keselamatan untuk ibu dan baby nanti, inshaa Allah
Kena tambah 5 lagi baru cantik angka 7.. hehe
Aretikz recently posted…Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?
Woaaaa…hahhaa…kalau Allah nak beri rezeki, terima jer 🙂
alhamdulillah, semoga angka 7 tersebut membawa kebaikan dalam kehidupan anda.
Dr Fattah recently posted…Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29
Alhamdulillah, terima kasih 🙂
angka 7 memang menarik dan cukup simbolik..7 petala langit dan tujuh petala bumi..
Hero Borneo recently posted…5 Punca Kerja Semakin Tak Seronok
Wah, hebat istilah tu, macam novel nyer title jer
Angka 7 yang penuh arti mak cik
Wahab Saputra recently posted…Hanya Di AKUMARU.com Pusat Promosi dan Pencarian Info LOMBA
7 memang penuh arti, mak cik tu yang kurang…hehe
7 hari 7 malam pun 7 jugak kan.. memang special 7 ni 😀
Azri recently posted…Rahsia Disebalik Cara Berpakaian Semasa Interview Kerja
Aah, yezzzaaa!!!! Kan kan kan???