• Putrajaya, Malaysia
  • December 1, 2024

Mee @ Bihun @ Kuey Teaw Rebus versi negeri Terengganu ni rupa dia macam sup. Kuah air ala-ala transparent gitu. Sangat berbezalah dengan mee rebus Johor (saya pun suka juga mee rebus Johor).

Mee atau bihun rebus versi Terengganu adalah menu paling nak cepat kalau saya tak sediakan nasi.

Juga menjadi menu segera a.k.a on the spot kalau tiba-tiba adik-beradik, saudara-mara atau kawan-kawan call bagitau nak datang rumah.

 

Saya masak haritu, terlupa nak ambil gambar. Al-maklumlah nak cepat. Kalut punya pasal. Ni saya pinjam gambar Mee Rebus Terengganu kat pinterest.

 

 

masakan tradisi warisan turun-temurun

 

 

Bahan-bahan Mee @ Bihun Rebus Versi Terengganu

 

  • Mee kuning/mee lidi/ bihun – dicelur sehingga lembut dan toskan
  • 2 sudu besar minyak
  • 1/2 labu bawang putih ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Isi ayam/udang/sotong/fish ball/fish cake
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2 gelas air masak
  • 2 biji telur ayam
  • 2 pokok bak choy/sawi
  • 1/2 inci lobak merah dipotong kecil
  • Bunga kobis
  • Jagung muda
  • Garam dan gula melaka secukup rasa
  • Sebatang daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • Cili padi/chili flake
  • Kicap bersama cili potong.

 

 

Cara Menyediakan Mee @ Bihun Rebus Versi Terengganu

 

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih sehingga garing/keperangan
  3. Masukkan isi ayam/udang/sotong/fish ball/fish cake dan kacau seketika
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan lada sulah.
  5. Masukkan air – biarkan mendidih
  6. Masukkan mee/bihun/kuey teaw
  7. Masukkan sayur-sayuran
  8. Masukkan garam dan gula melaka.
  9. Pecahkan telur dan tutup periuk seketika.
  10. Siap dan boleh dihidangkan serta dimakan bersama kicap cili dan diperah limau kasturi.

 

Selamat mencuba dan menjamu selera 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Resipi Mee @ Bihun Rebus Versi Terengganu Menu Segera Untuk Tetamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge