• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Omelet ni adalah antara menu kegemaran incik suami dan anak sulung saya, Kashful. Kalau buat dengan 3 biji telur pun, diaorang boleh sapu licin omelet ni. Terbayang pulak omelet IHOP sewaktu menetap kat bumi Uncle Sam dulu, Lepas main bowling, lepak kat sini. Spinach Omelette kat IHOP ni antara menu pilihan kat sini. Dia ala-ala veggie omelette gitu

 

Bahan-bahan Omelet Ayam Super Simple

  • 1 cawan daging dada ayam dipotong nipis dan kecil/dicincang.
  • 3 biji telur ayam
  • 1/2 cawan daun bayam
  • 1/2 biji tomato sederhana besar dipotong dadu
  • 2  sudu besar lobak merah potong dadu
  • 2 sudu besar cendawan butang dipotong nipis
  • 1 pokok daun bawang dihiris nipis
  • 1 pokok daun sup dihiris nipis
  • 2 sudu besar bawang besar mayang
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus/dimayang
  • 1 sudu besar mentega/minyak masak.
  • Serbuk lada hitam/putih secukup rasa.
  • Garam secukup rasa.

 

Cara Menyediakan Omelet Ayam Super Sihat

  1. Panaskan minyak/cairkan mentega.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan goreng hingga masak.
  4. Masukkan sedikit garam dan lada hitam/putih serta gaul sebati.
  5. Masukkan lobak merah, cendawan, bayam dan tomato serta gaul hingga mesra.
  6. Masukkan daun bawang dan daun sup.
  7. Perasakan kembali dengan garam dan serbuk lada hitam/putih.
  8. Padamkan api dan ketepikan.
  9. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau dengan garfu hingga berbuih sedikit.
  10. Masukkan di dalam kuali dan ratakan ke semua permukaan kuali.
  11. Apabila telur separuh masak, tabur bahan inti ke sebahagian bahagian telur tadi.
  12. Lipat dua telur dan angkat dengan cara telengkupkan kuali ke atas pinggan
  13. Siap dan boleh makan dah!

 

 

Resipi Sihat Detoks Parasit
Letakkan bahan-bahan yang telah ditumis sebelah jer pada bahagian telur.

 

 

Resipi Sihat Detoks Parasit
Ni version kulit luar agak garing, kalau suka yang kurang garing, kecilkan sedikit api.

 

Tips Masakan Omelet Ayam

  • Boleh gantikan ayam dengan daging atau makanan laut.
  • Telur boleh digoreng separuh masak jika tak suka garing.
  • Boleh tabur keju kat atas inti jika suka

 

Kalau nak cepat atau tak cukup bahan, guna jer apa-apa yang ada. Abis-abis pun, jadilah telur dadar…hihi

 

Berminat nak join group detoks parasit bersama-sama saya?

Whatapps ke 019-9377380

Jom kita detoks parasit ramai-ramai:)

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Resipi Omelet Ayam Versi Mudah & Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge