Potato salad! Western food kita hujung minggu kalini. Minggu lepas dah terbang ke Jepun bersama sushi sempoi…hehehe. Memang mudah je buat salad kentang ni. Sebelah mata pun senang nak prepare… 😀
Bahan-bahan Potato Salad
- 1-2 biji kentang besar/sederhana besar.
- 2 biji telur
- 1 sudu besar mayonis
- Secubit garam
- Secubit serbuk lada hitam
- 1 sudu teh gula
- Daun bawang & daun sup
- Perahan limau kasturi
- 1 sudu teh Sos Lea & Perrin Worcestershire – takde pun takpe
- Secubit serbuk cili/cili padi potong jika suka pedas
Cara Menyediakan Salad Kentang Mudah
- Potong kentang dalam bentuk kiub, rebus hingga empuk, tapis dan ketepikan.
- Rebus telur hingga masak, kupas dan pecahkan dengan menggunakan garfu seperti ingin membuat sandwich telur di dalam mangkuk besar.
- Mayang daun bawang dan daaun sup dan masukkan ke dalam mangkuk telur tadi.
- Campurkan semua bahan lain dan gaul sebati.
- Masukkan kentang rebus dan gaul sehingga semua bahan mesra bersama ?
- Oke, siap, dah boleh dihidangkan ???
Kentang tu saya potong dua, lepas tu rebus. Dah empuk tu, terus masukkan ke dalam air, senang nak kupas kulit, lepas tu potong je dengan sudu. Bentuk tu ikut suka hatilah (ni kes terlebih rajin ler nih…hihihi).
Mana cara paling cepat dan mudah, itulah yang kita pilih. Nak-nak bila dah ada hero-hero kecil ni, memang kene multitasking dan work smart gitu, ye tak? 😛
Selamat mencuba resipi salad kentang yang super duper senang dan selamat menajamkan skill campak mencampak naih 😀
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
campak campak pun nampak mengoda juga nie
Afiqah recently posted…Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500
Hehehe, silalah cuba nanti ?