Rasanya ramai ibu yang pernah mengalami masalah susu tersumbat atau bengkak susu kan? Biasanya ia berlaku di awal kelahiran bayi. Betapa terseksanya sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dah lah dalam pantang dan badan masih lemah, ditambah pula terkena susu tersumbat, boleh demam dan sakit urat badan sehingga ke bahagian belikat. Ada teman saya tu, memang demam dan warded sekali.
Sumber gambar: PAMA
Apa Punca Susu Tersumbat dan Menyebabkan Bengkak?
Susu tersumbat boleh berlaku apabila salah satu salur susu di dalam payudara tersumbat. Gambarajah di bawah boleh memberi gambaran yang lebih jelas berhubung perkara ini.
Gambar di atas dipetik daripada MayoClinic.
Di antara punca berlakunya susu tersumbat ialah:
- Tidak pam setiap 2 jam, hanya pam apabila payudara penuh
- Cara lekapan bayi yang salah
- Susu yang mengering terlalu lama di bahagian puting, jadi susu baru tak dapat nak keluar
- Tidak cukup tidur
- Stress
- Jangkitan Yis
- Salur susu terhimpit disebabkan pemakaian underwire bra atau dengan tangan kita semasa kita tidur
Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat?
Di antara cara-cara yang boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:-
1) Susukan anak sekerap mungkin
Anak merupakan pam semulajadi terbaik di dunia. Sekerap yang boleh, biarkan anak mengosongkan payudara kita. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, pastikan anda pam payudara anda setiap 2-3 jam.
2) Variasikan posisi penyusuan
Satu posisi penyusuan sahaja mungkin menyebabkan payudara anda tidak dapat dikosongkan secara keseluruhannya. Di antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung di bawah. Keadaan ini membolehkan tarikan graviti menarik susu yang tersumbat supaya keluar.
Selain itu, boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.
3) Berehat
Dapatkan rehat secukupnya. Menyusukan anak anda dalam posisi baring dan mengiring juga membolehkan anda berehat.
4) Tuam
Menuam payudara anda dengan air suam membolehkan haba tersebut mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.
5) Susukan anak yang lebih besar.
Adakalanya hisapan sesetengah bayi tidak kuat. Dengan menyusukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas boleh membantu mengeluarkan susu tersebut.
6) Gunakan teknik pressure massage
Teknik yang menggunakan tapak tangan untuk ‘menolak‘ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tetapi sangat membantu.
Petikan daripada website Ask Dr Sears:
“To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closet to your chest wall. Apply pressure to that area which the heel of your hand to do the point just before it become too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at the same until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half in and repeating the massage until you get all the way down to nipple.
You can see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”
7) Tingkatkan imunisasi tubuh
Bagi mengelakkan berlakunya demam, imunisasi badan boleh dikuatkan dengan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.
8) Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan Lecithin sebanyak 3,600-4,800mg sehari bagi melegakan masalah susu tersumbat.
Cara pengambilan Lecithin yang lebih terperinci boleh dirujuk dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plug Duct“.
Rujukan lanjut: KellyMom – Articles Related to Plugged Duct
Anda berminat untuk mendapatkan Lecithin Shaklee bagi melegakan masalah susu tersumbat?
Tempahan boleh dibuat dengan mengisi Online Order Form.
Sekiranya anda ingin melihat senarai produk Shaklee yang lain, sila klik pada Catalogue ini.
Anda juga boleh menghubungi saya sekiranya ingin membuat sebarang tempahan atau mendapatkan konsultasi.
Terima kasih 🙂