• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Selalu kita dengar garam bukit memang bagus dari garam biasa kan? Malah ada di antara para ibu yang telah menambah garam ke dalam menu si manja yang baru diperkenalkan dengan makanan pejal. Persoalannya, bahaya tak garam ni untuk bayi kita?

baby-feeding

Menurut Dr. Zubaidi, memberikan sebarang jenis garam kepada bayi, terutama yang berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan, malah nyawa bayi tersebut. Hahhhh…kan dah terbuntang biji mata. Kalau anda dah tersilap berbuat demikian, segeralah perbetulkan balik kesilapan tersebut ye.

Kenapa Garam Dikatakan Bahaya Untuk Bayi?

Bayi terutamanya di bawah satu tahun dikira masih kecil. Organ penghadaman mereka masih belum matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang sangat sedikit di dalam makanan atau minuman mereka.

garam

Panduan keperluan garam mengikut umur anak kita.

UMUR KEPERLUAN GARAM (G/SEHARI)
Kurang Setahun 1
1 – 3 Tahun 2
4 – 6 Tahun 3
7 – 10 Tahun 5
Selepas 11 Tahun 6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesan Pengambilan Garam Berlebihan Kepada Bayi

1) Merosakkan ginjal kerana belum matang

2) Bayi mendapat penyakit darah tinggi pada usia muda

3) Sawan

Walaupun garam memang penting untuk tubuh, namun bayi memperolehi kesemua bekalan garam yang diperlukan melalui susu yang diminum sama ada melalui susu ibu atau susu formula.

Walaupun bayi telah diperkenalkan kepada makanan pejal, jangan sesekali menambah garam ke dalam menu bayi kita. Memanglah apabila kita makan terasa tawar, tapi demi kesihatan dan keselamatan nyawa bayi kita, lebih baik berhati-hati kan? Menu bayi tak boleh ikut sedap mulut kita tau.

Selain daripada itu, elakkan sama sekali memberikan makanan yang telah diproses dan sedia dihidangkan (pre-prepared foods) untuk orang dewasa kepada bayi kerana ia biasanya mengandungi kuantiti garam yang tinggi.

Lebih baik juga tidak berkongsi makanan kita dengan si manja sewaktu makan di luar atau di restoren kerana makanan tersebut mempunyai tahap kandungan garam yang tidak bersesuaian untuk bayi.

Walaupun banyak makanan khas untuk bayi dijual secara komersial di pasaraya yang lebih selamat dan rendah kandungan garamnya, namun para penjaga terutama ibu perlu memerhatikan label terlebih dahulu. Ini adalah kerana makanan yang disediakan untuk bayi dan kanak-kanak biasanya akan mengikut kadar umur mereka. Cara ini juga dapat mengelakkan kita tersalah membeli produk yang tidak sepatutnya untuk si manja.

Sentiasa berwaspada juga ketika memberikan biskut orang dewasa kepada bayi kerana ada sesetengah biskut tersebut tetap dikira sangat tinggi kandungan garamnya untuk orang dewasa, apatah lagi untuk bayi.

Label pada bungkusan makanan menunjukkan tulisan kandungan garam dalam setiap 100g makanan..

Label yang menunjukkan sebagai 2.5g garam adalah bersamaan dengan 1g sodium.

Kandungan garam yang tinggi adalah yang melebihi 1.5g garam per 100g (atau 0.6g sodium). Kandungan garam yang rendah adalah kandungan garam yang kurang dari 0.3g per 100g (atau 0.1g sodium).

Apakah Makanan Segar Bergaram Semulajadi Sesuai Untuk Bayi?

  • buah-buahan
  • salad
  • susu
  • daging
  • ikan
  • lembu
  • telur
  • kekacang

Kesimpulannya, cuba elakkan memberi garam tambahan kepada anak kecil terutama bayi ketika kita menyediakan makanan untuk mereka, juga tidak sesuka hati memberi makanan orang dewasa kepada anak kecil tersebut.

Jangan disebabkan kesian makanan anak seperti tiada rasa, kita mengundang musibah pula. Better safe than sorry. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan…Selamat menyediakan menu bayi anda dengan gembira dan lebih berhati-hati selepas ini. 🙂

Sumber: Bolehkah saya memberikan garam kepada bayi saya?

 

Saya merupakan pengedar sah Shaklee. Sekiranya anda berminat untuk melihat senanrai produk Shaklee, sila klik di sini.

Sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan, sila klik pada Order Form ini.

Sekiranya anda perlukan sebarang konsultasi atau ingin bertanya sebarang soalan berhubung Shaklee, sila isi Contact Form di bawah atau terus menghubungi saya.

Terima kasih 🙂

New-Name-Card

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge