• Putrajaya, Malaysia
  • October 12, 2024

Kawan-kawan pernah dengar tak tentang Vision Board?




Vision Board ni biasanya dihasilkan untuk merealisasikan impian atau target hidup kita.


Malah, banyak successful story yang dikongsikan bermula denga Vision Board.


Dah tu, kalau takde Vision Board, takkan tercapaikah segala impian dan target hidup?


Bukanlah macam tu tapi Vision Board ni akan membantu kita untuk kekal fokus.


Sebabnya, salah satu cara dalam pelaksanaan Vision Board ni, kita boleh ambil gambar, tampal kat kertas dan buat target tarikh bila akan berlaku.


Lepas tu tampa pula kat kawasan yang kita selalu dan mudah nak nampak. Contohnya kat dapur ke, dalam bilik tidur ke, pada whiteboard pejabat ke atau dijadikan wallpaper handphone dan komputer.


Bila kita dah selalu nampak apa yang kita impikan ni, ia akan bantu kita untuk sedar tentang tanggungjawab yang perlu kita laksanakan.


Jadi takdelah nak layan down atau lemau lama-lama.


Lagipun Vision Board ni akan bantu subconscious mind kita untuk fikir dan bekerja ke arah impian tersebut.


Nampak macam simple tapi Vision Board ni memberikan kesan yang sangat besar dalam hidup seseorang.


Kawan-kawan dah pernah buat Vision Board? Jom share???


Dalam gambar ni adalah contoh Vision Board Travel. Kita boleh jer kalau nak campur dengan perkara lain.


Salah satu tips buat Vision Board adalah apa yang kita nak capai tu biar macam tak masuk akal tapi tak mustahil.


Macam contoh tu kan? Nak pergi 4 tempat setahun, bajet pun takde lagi, gila aper kan?


Lagi buat kita gerun dan kecut perut lagi bagus.


Perkara ni akan lead kita untuk tingkatkan diri.


Kalau yang memang confirm kita boleh capai, tak payah masuk Vision Board, ok. Faham ke faham?


Naimah Wahab

019-937 7380

Founder of KIM Family

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge