• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Anda pernah tak kene sunburn? Sunburn ni memang payah nak hilang. Makan masa 2 minggu ke sebulan selalunya. Tak macam jerawat. Even jerawat yang bernanah tu, kalau kene cara dan produk, dalam masa sehari dua jer dah boleh kecut.

Sunburn ni pada sesetengah orang, memang bukan masalah sangat. Tapi ramai yang rasa tak selesa.

Bayangkan, muka gelap tapi tangan bukan main cerah. Yang selalu berlaku sebaliknya kan. Kalau orang yang sunburn semasa pakai spek hitam, mesti lagi kesian muka dia…huhu

Sunburn ni biasanya terjadi apabila kita terdedah secara terus di bawah cahaya matahari.

Yang paling famous kalau orang mandi pantailah. Tapi tak terkecuali juga yang memang bertugas “outdoor” macam orang yang kerja site atau yang terlibat dengan program di luar bangunan macam kat padang tu.

 

 

5 Cara Hilangkan Sunburn Secara Semulajadi

Mudah jer sebenarnya kalau nak hilangkan sunburn. Guna produk atau bahan-bahan yang ada di sekeliling kita je. Bahan-bahan ni pun memang senang sangat kita nak dapatkan di kedai.

Di antara bahan-bahan yang membantu menghilangkan sunburn secara semulajadi ialah:

1) Losyen Aloe Vera

 

Gunakan losyen yang mengandungi lidah buaya atau aloe vera.

Lidah buaya atau aloe vera ni akan membantu meringankan rasa perit di samping membantu tubuh kita menghasilkan kulit baru.

Pokok aloe vera memang mudah sangat nak hidup. Penjagaannya pun sangatlah simple. Kalau terlupa siram tu, pokok aloe vera ni masih kelihatan segar bugar.

Jadi, sila tanam pokok aloe vera ni kat rumah ye 🙂

 

2) Krim Hydrocortisone

 

cara hilangkan sunburn

Krim ini akan membantu mengurangkan keradangan dan rasa gatal pada kulit.

 

 

 

3) Yogurt Asli

 

Orang yang kene sunburn ni, kulit bahagian sunburn tadi akan menjadi sangat kering. Sebab tu sampai menggelupas teruk tu.

Dengan menggunakan yogurt asli, ia akan membantu melembabkan kulit sekaligus mengurangkan rasa pedih akibat kulit yang menggelupas tadi.

Tapi, pastikan yogurt asli tau, jangan guna yogurt berperisa pula 🙂

 

 

 

4) Timun & Kentang

 

 

Timun dan kentang di bukan sahaja enak dimakan tapi sangat sinonim dengan penjagaan kecantikan wajah.

Penggunaan timun dan kentang akan membantu meredakan rasa perit, pedih, sakit serta gatal-gatal pada kulit wajah.

Biasanya timun dan kentang ni kita hiris nipis-nipis, lepas tu tempek pada seluruh wajah.

Lepas guna tu, mesti wajah rasa semakin segar dan berseri.

 

 

5) Teh Hitam/Teh Hijau

 

cara hilangkan sunburn

Teh hijau atau teh hitam ni sangat terkenal sebagai tumbuhan yang membantu badan kita untuk kekal sihat. Banyak sangat khasiat teh hitam dan teh hijau ni sebenarnya.

Untuk kes sunburn, teh hijau atau teh hitam ni akan membantu mengurangkan bengkak pada kulit dengan kandungan tannis dan komponennya yang lain.

 

 

 

cara hilangkan sunburn

 

 

Baca juga Cara Hilangkan Sunburn Dengan Cepat

Baca juga Produk Bantu Hilangkan Sunburn Secara Semulajadi Dengan Cepat

 

Baca juga Testimoni Hilangkan Sunburn Dengan Cepat & Berkesan

 

 

Cumanya, apabila kita nak hilangkan sunburn secara semulajadi ni, perlulah rajin serta konsisten amalkan untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat dan memuaskan hati.

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge