• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Makanan ini dikatakan superfoods kerana mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh kita. Malah tanpa kita sedari, hampir kesemua 5 jenis superfoods ni kita makan setiap hari. Nak best lagi, kesemuanya adalah murah, mudah didapati dan memang sangat baik untuk kita semua.

 

5 Superfoods Yang Pasti Dijumpai Di Malaysia

 

Makanan untuk langsing

 

#1: Bawang Putih (Garlic Complex)

Sebenarnya ada sebab kenapa sayur-sayuran jenis ini sering dijadikan serbuk, ekstrak dan tablet. Bawang putih tinggi kandungan anti-oksida dan dikenali sebagai pencegah tekanan darah tinggi,  penyakit kardiovaskular dan kolestrol tinggi.

Dengan mengambil beberapa ulas bawang putih setiap hari akan bantu meningkatkan lagi sistem  imun tubuh kita.

 

 

superfoods yang bagus untuk kesihatan dan kurus - telur

 

#2: Telur

Ramuan makanan setiap hari yang kaya dengan sumber protein (ESP/Cinch Shake) akan bantu membina dan membaiki sel-sel dan tisu-tisu di dalam badan.

Telur putih mengandungi asid amino (B Complex/VitaLea) penting. Manakala telur kuning pula kaya dengan zat besi (VitaLea).

Walaupun kuning telur dilabelkan sebagai tidak bagus kerana kandungan kolestrolnya, pengambilan yang sederhana adalah penting untuk badan kita menghasilkan Vitamin D (Ostematrix).

 

 

superfoods yang bagus untuk kesihatan dan kurus - cili

 

#3: Cili

Sebagai rakyat Malaysia, memang sangat sukakan cili walaupun ada sebahagaian kecil yang tidak suka masakan pedas.

Capsaicin, sejenis sebatian yang terdapat di dalam Cili menghasilkan rasa pedas (panas/heat) yang diketahui mengandungi sifat-sifat anti-kanser, dan membantu pengeluaran mukus dan enzim yang melindungi perut.

Bahan ini juga meningkatkan kadar metabolisma tubuh, sekaligus melonjakkan pembakaran kalori.

 

superfoods yang bagus untuk kesihatan dan kurus - bayam

 

#4: Bayam (VitaLea)

Tengok bayam, ingat kat Popeye yang jadi kuat lepas makan bayam, hehehe. Bayam ni sangat kaya dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi secara sihat.

Bayam mengandungi anti-oksidan, anti-kanser dan juga kandungan Vitamin K yang tinggi untuk menguatkan tulang.

Tambahan lagi, bayam sangat kaya dengan beta-kerotena (Carotomax) yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

 

 

Makanan untuk langsing

 

#5: Halia (Peppermint Ginger Plus)

Halia adalah bahan anti-radang yang juga berfungsi untuk membantu penghadaman dan mengurangkan rasa loya.

Sama ada di dalam teh atau kari bersama rempah-ratus yang lain, halia adalah sejenis akar yang digunakan secara meluas di dalam masakan rakyat Malaysia.

Justeru itu, kita sangat disyorkan untuk sentiasa mengambil halia di dalam makanan atau minuman kita.

 

Tak sangka betul, makanan yang memberi kesan hebat terhadap kesihatan kita sangat mudah dan murah untuk diperolehi. Tak perlu bersusah payah nak pergi intai superfoods luar negara, dalam Malaysia ni pun banyak khazanah kesihatan yang berharga.

Amalkan superfoods ni di dalam menu harian kita. Ingat tau, kunci yang pertama untuk kurus adalah diet yang betul. Pilih jer superfoods di atas, tapi cara masakan pun kene pilih yang betul juga tau.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “5 Superfoods Yang Tersembunyi Di Dalam Makanan Harian Kita

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge