• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Menjadi wanita adalah satu anugerah. Daripada wanitalah lahirnya penyambung zuriat satu-satu keturunan. Dengan keistimewaan yang dikurniakan ini jugalah, wanita banyak dipengaruhi oleh perubahan hormon.

Perubahan hormon ini juga berlaku di sepanjang fasa perubahan hidup seorang wanita bermula daripada kanak-kanak, akhir baligh, remaja, berkahwin, hamil, bersalin, menyusukan anak  dan menopause.

Namun, di sepanjang fasa perubahan tersebut, penjagaan kesihatan adalah sangat penting. Para wanita perlu menitikberatkan kesihatan dan kebersihan diri dan anak-anak terutamanya anak perempuan kerana kelalaian pada masa silam boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan pada masa akan datang.

 

women illness and healthy tips

 

7 Jenis Isu Kesihatan Pada Wanita

 

1) Kanser Payudara

Kanser payudara biasanya dikesan dengan kewujudan “lump” pada payudara. Biasanya pemeriksaan dibuat beberapa hari selepas kedatangan haid.

Memandangkan kanser payudara ni adalah antara pembunuh nombor 1 wanita, maka kalau didapati sebarang keadaan abnormal pada payudara, segeralah berjumpa doktor.

 

2) Kanser Serviks

Kanser serviks boleh berlaku dengan pelbagai sebab. Di antaranya ialah terdapat jangkitan HPV, merokok, sering bertukar-tukar pasangan dan juga hubungan seksual yang terlalu awal.

 

3) Keputihan

Keputihan yang normal tidak mendatangkan sebarang masalah kepada wanita. Namun demikian, awas sekiranya mendapati keputihan yang keluar telah bertukar kepada warna kuning atau hijau. Apatah lagi sekiranya berserta bau yang kurang menyenangkan.

Berkemungkinan besar keputihan tersebut memberi petanda yang wanita berkenaan telah mendapat jangkitan kuman. Maka, segeralah berjumpa dengan doktor.

 

4) Fibroid

Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan yang berlaku di uterus wanita. Biasanya pesakit fibroid memerlukan pembedahan sekiranya siaz ketumbuhan ini semakin membesar.

 

5) Ovarian Cyst

Terdapat beberapa jenis cyst yang menyerang kaun wanita. Cyst biasanya berbentuk kantung yang berisi cecair yang berlaku pada ovari wanita.

 

6) PCOS

PCOS merupakan masalah kecelaruan hormon yang berlaku kepada wanita. Biasanya ia boleh mengganggu proses pengeluaran telur di mana menyebabkan ovari tidak dapat mengeluarkan telur. Justeru itu, ia boleh menjadi salah satu punca ketidaksuburan di kalangan wanita.

 

7) Endometriosis

Endometriosis ni adalah tisu badan yang sepatutnya tumbuh di uterus wanita, namun sebaliknya ia berkembang di luar uterus. Ia juga menjadi salah satu sebab mengapa wanita berkenaan sukar hamil.

 

Walau sesiapa pun kita sebagai wanita, sekiranya belum mengalami sebarang masalah kesihatan yang berkaitan dengan isu kewanitaan, langkah pencegahan perlulah diambil dengan segera.

Yang paling penting adalah jaga pemakanan dengan memilih makanan yang bernutrisi, amalkan cara hidup yang sihat dan mengambil vitamin semulajadi sebagai makanan tambahan.

 

Kredit: MJ

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “7 Jenis Penyakit Utama Yang Sering Menyerang Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge