• Putrajaya, Malaysia
  • November 14, 2024

Punca kegemukan, berat badan berlebihan dan juga obesiti adalah disebabkan oleh lemak. Bukan kolestrol tapi lemak yang berlebihan.

Bilangan Sel Lemak Tetap Sama Semasa Kurus & Gemuk

Satu kenyataan yang mesti kita terima adalah, sel lemak takkan berkurang. Kuantiti sel lemak sewaktu kita gemuk dulu berbanding kita sekarang yang dah kurus adalah sama. Begitulah sebaliknya.

Jadi, macam mana orang gemuk boleh kurus kalau sel lemak tetap sama bilangannya?

 

sel lemak seperti belon - tips kurus sihat

 

Sel lemak ni senang nak cerita, boleh digambarkan seperti belon. Ini bermakna, Jisim (berat) belon tersebut boleh berkurang tetapi bilangannya tidak akan berkurangan.

Belon ni bila kita tiup, dia akan membesar, tapi bila udara tu dikeluarkan, ia akan mengempis, kan? Belon tu tetap sama sel “badan” dia kan?

Jadi, tidak ada sebenarnya istilah menghilangkan lemak dari kulit atau ketika membuang air besar.

Makanya, boleh tak kita bayangkan, banyak mana dah kita kumpul lemak dalam tubuh kita sejak kecil dahulu? Kalau jenis suka makan makanan yang deep fryer, makanan segera, makanan rapu, lagilah berlambak-lambak kan lemak tu. Seram lah pulak!

Sel lemak ni boleh mengecil dan membesar 1000 kali ganda daripada berat asal.

Sebab itulah orang gemuk yang menjadi kurus senang jer untuk kembali gemuk jika tidak menggantikan ruang yang telah didiami oleh sel lemak sebelum ini kepada otot.

 

 

cara kurus dengan mudah

 

 

Kesan Yo-yo Diet

Contohnya apabila berlaku kesan yo-yo diet, melalui diet yang tidak betul telah mengakibatkan bukan sahaja sel lemak mengecil, malah sel otot pun berkurangan.

Apabila mereka makan seperti biasa, dah berhenti berdiet, berat naik balik kerana otot dah jadi lemah. Ruangan sel lemak pula tidak diganti dengan otot sihat menjadikan sel lemak mula membesar kembali dengan jayanya.

Kesan yo-yo diet ni bukan sahaja buatkan seseorang tu kembali gemuk, malah boleh jadi lebih gemuk lagi berbanding sebelum mereka berdiet.

Sebab tu, nak kurus, perlu ada ilmu. Ikut cara yang betul. Baru dapat kurus secara sihat 🙂

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge