• Putrajaya, Malaysia
  • April 16, 2024

Gout adalah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh kehadiran asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal daripada protein yang dikenali sebagai purin. Badan kita pula membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang daripada tubuh dan berkumpul di bahagian sendi.

 

 

gout adalah komplikasi obesiti yang memudaratkan1

 

Bagaimana Obesiti Menjadi Punca Penyakit Gout?

Pertambahan berat badan dan obesiti memainkan peranan yang agak besar dalam pembentukan penyakit gout. Apabila badan kita menjadi terlalu berat, kebanyakan bebanan akan tertumpu kepada buah pinggang. Maka, buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya.

Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pengidap gout mempunyai berat badan  berlebihan. Gout juga dibuktikan mempunyai perkaitan  dengan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan hiperlipidemia.

 

Bagaimana Obesiti Boleh Mengundang Gout?

Apabila berat badan semakin bertambah, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras. Keadaan ini akan membebankan lagi buah pinggang serta menjadikannya lebih sukar untuk berfungsi dengan sepatutnya.

Lantaran daripada itu, tahapl asid urik akan meningkat kerana buah pinggang tidak dapat memproses dan membuang asid urik keluar daripada badan. Apabila kandungan asid urik terlampau tinggi, maka ia akan berkumpul di sekitar bahagian sendi dan menyebabkan gout terjadi.

 

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Orang Yang Mempunyai Berat Badan Berlebihan?

Sebagai permulaan, pastikan berusaha untuk menurunkan berat badan dengan sesihat yang mungkin. Pastikan mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan umur dan ketinggian.

Sekiranya tindakan ini diambil sebelum terkena gout, ia adalah satu langkah yang sangat bagus. Namun sekiranya kita merupakan penderita gout, dengan kehilangan beberapa KG berat badan boleh mengurangkan simptom gout.

Secara tidak langsung, ini akan mengurangkan bebanan buah pinggang dan membolehkan ia bekerja dengan lebih baik.

 

Adakah Pesakit Gout Perlu Berdiet?

Para pengidap gout perlu melakukan aktiviti fizikal atau senaman di samping menjaga diet yang sihat dan seimbang.

Malah, sekiranya telah mengalami kekurangan berat badan sekalipun, pesakit gout perlu menjauhi makanan yang tinggi kandungan purin seperti:-

  • Kerangan
  • Daging merah
  • Kacang peas, bean, bunga kobis, bayam
  • Organ dalaman – hati, otak, jantung, buah pinggang
  • Alkohol

Sebaliknya, pesakit gout disyorkan minum banyak air susu dan air kosong serta mengambil produk tenusu rendah lemak. Merujuk doktor untuk diet terbaik juga adalah sangat penting.

 

Kaitan Genetik & Pesakit Gout

Kajian mendapati  obesiti dan gout boleh wujud dalam sesebuah keturunan. 1 daripada 4 pesakit gout dikenalpasti datang daripada keturunan keluarga yang mempunyai penyakit ini.

Maka, ambilah perhatian yang lebih sekiranya mendapati ada di antara keluarga kita yang mengidap gout dan obesiti.

 

 

cara untuk mengatasi gout

 

cara untuk mengatasi gout

 

Makanan Bantu Rendahkan Kadar Asid Urik

  • Beri Gelap
  • Salmon
  • Kekacang & minyak zaiton

 

Bagi kita yang belum lagi mengidap gout, langkah-langkah pencegahan perlu diambil dengan segera. Pastikan sentiasa menjalani kehidupan seharian yang aktif serta makan secara sihat dan sederhana. Gout ni, sekali menyerang, jejaknya memang sukar nak dihilangkan.

Namun, menghilangkan gout secara semulajadi adalah pilihan terbaik agar tidak ada kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge