• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Resipi Hot Scramble Egg with Garlic Bread for Him & for Her ni resipi hujung minggu baru-baru ni.

Sajer je lah nak buat resipi ala-ala couple gitu. Sebabnya, kalau hari bekerja atau bersekolah, memang saya macam lipas kudung.

 

Anak sulung jenis nak bawa bekal ke sekolah. Kalau tak dapat bawak tu, memang sedih sangat jadinya. Tak sampai hati mama. Walaupun kalut tiap-tiap pagi, tapi mama happy tau. Sebabnya, bukan semua budak suka bawak bekal. Nak-nak anak lelaki, betul tak?

Jadi, harapkan hujung minggulah nak melayan feeling-feeling gini…hahaha

 

Bahan-bahan Hot Scramble Egg with Garlic Bread for Him & for Her

 

Bahan-bahan Untuk Telur

2 sudu besar butter
4 biji telur ayam
3 biji cili padi dipotong kecil
20 ml atau 1/4 cawan susu segar – kalau tak suka basah sangat, ambil 2 sudu besar jer susu
Secubit garam
Secubit serbuk lada

 

Bahan-bahan Untuk Roti

Roti keping wholegarain/multigrains untuk lebih serat – tapi roti biasa pun boleh jer 🙂
Sedikit serbuk bawang putih
Butter

 

Cara Menyediakan Hot Scramble Egg with Garlic Bread for Him & for Her

 

Western Food

Ni dia serbuk bawang putih yang saya guna. Campurkan siap-siap 1/2 sudu kecil dengan 2 sudu besar butter. Lepas tu sapu pada roti tadi.

 

Western Food

Susu ni saya guna susu tepung bancuh sendiri jer. Fresh milk dah yillek…pandai-pandai lah nak hidup…hehe

 

 

Western Food

 

Untuk menyediakan telur atau scramble egg, panaskan butter (mentega) ke dalam kuali leper dengan api yang sederhana.

Sementara mentega cair, campurkan semua bahan untuk telur tadi, lepas tu pukul sehingga sebati dan sama rata.

Tapi kalau api dapur tu jenis cepat panas, sediakan bahan telur ni siap-siap sebelum cairkan butter. Kalau tak, nanti butter akan hangus.

Nota: Butter kalau nak kurang masin, boleh pilih “unsalted butter”. Kalau dah beli “salted butter”, kurangkan garam dalam bancuhan telur tu ye. Karang tak pasal-pasal pulak dah jadi terlebih masin 😛

 

Western Food

Dah masukkan salam kuali tu, kacau sehingga masak.

Jangan tunggu terlalu kering atau garing, nanti jadi telur dadar hancur plak…hehe

Scramble egg ni, sedap dimakan basah-basah skit tau.

Roti tu nanti, boleh bakar atas kuali yang sama.

 

 

Western Food

Tadaaaa…siap sudah resipi merpati dua sejoli…hohoho..

 

Western Food

Zoooommmm skit 😛

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge